Keputusan Pilihan Raya OTW 2020

Jawatan Pilihan Raya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua calon atas segala kerja keras mereka dalam pilihan raya tahun ini. Dengan itu, kami dengan besar hati mengumumkan keputusan Pilihan Raya 2020.

Calon-calon tersebut (dalam urutan abjad) telahpun dilantik secara rasmi ke Lembaga Pengarah:

  • Alex Tischer
  • Jess White
  • Kati Eggert

Penukaran lembaga akan bermula secara rasmi pada 1 Oktober. Kami mengharapkan yang terbaik untuk ahli-ahli Lembaga baru dalam memenuhi penggal mereka.

Dengan itu, musim pilihan raya telah pun berakhir. Terima kasih kepada setiap orang yang terlibat dalam menyebarkan berita, mengemukakan soalan kepada calon-calon, dan, sudah tentunya, yang mengundi! Kami berharap dapat bertemu lagi pada tahun hadapan.


OTW adalah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, and Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW. Untuk mengetahui lebih tentang pasukan penerjemah sukarela kami yang telah menerjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.

Garis Masa Pilihan Raya OTW dan Tarikh Akhir Keahlian Tahun 2020

Jawatankuasa Pilihan Raya OTW berbesar hati untuk mengumumkan bahawa garis masa untuk pilihan raya tahun 2020 bagi ahli baru Lembaga Pengarah telah diterbitkan!

Pilihan raya pada tahun ini akan diadakan pada 14-17 Ogos. Ini bermakna tarikh akhir untuk calon mengisytiharkan pencalonan mereka jatuh pada 19 Jun.

Seperti biasa, tarikh akhir untuk keahlian pilihan raya adalah 30 Jun. Sekiranya anda berminat untuk mengundi, sila pastikan bahawa keahlian anda masih aktif pada tarikh tersebut. Read More