Jawatankuasa Pilihan Raya bertanggungjawab dalam menguruskan pilihan raya Lembaga OTW. Ditubuhkan dalam pertengahan tahun 2014 untuk mengalihkan tugas pengaturan pilihan raya dari Lembaga OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) ke dalam badan berasingan, kami memastikan keadilan, ketepatan masa, dan kesulitan dalam proses pilihan raya. Sebagai sebuah pasukan, kami mengemas kini prosedur, berkomunikasi dengan ahli OTW dan jawatankuasa lain mengenai proses, membantu calon bersedia dan menjalankan tugas mereka, dan menguruskan pilihan raya.
Walaupun semua ahli jawatankuasa bekerjasama untuk mewujudkan suasana berpasukan dan menyiapkan projek tertentu, terdapat lima jawatan khusus yang diambil oleh staffers kami. Jawatannya adalah seperti berikut:
Pegawai Perhubungan Calon
Pegawai Perhubungan Calon bertanggungjawab dalam jangkauan dan sokongan untuk calon pilihan raya. Mereka bekerja secara langsung dengan calon untuk membantu calon melalui pengisytiharaan pencalonan dan proses pilihan raya.
Pakar Komunikasi
Pakar Komunikasi adalah penulis dan penyunting utama dalam jawatankuasa. Mereka menyediakan artikel berita awam dan pengumuman dalaman, termasuklah membantu dengan menulis dan mengedit dokumen jawatankuasa.
Penyelaras Pasukan
Penyelaras Pasukan bertanggungjawab ke atas semua hal-hal pentadbiran dan organisasi dalam jawatankuasa. Mereka mencipta prosedur, menjalankan pengrekrutan, menyusunkan mesyuarat, membantu dengan menciptakan pelan projek, dan mengekalkan dokumen jawatankuasa.
Arkitek Proses Pengundian
Arkitek Proses Pengundian mencipta dan mengekalkan perisian dan prosedur pengundian. Mereka mencipta, mengemas kini, dan mengesahkan prosedur pilihan raya jawatankuasa untuk mengurangkan risiko penggangguan sebanyak mungkin. Mereka juga memberi nasihat kepada jawatankuasa bagi strategi terbaik dalam mengekalkan privasi pengundi dan calon dan juga integriti proses pengundian.
Staffer Kerusi
Staffer Kerusi memberi tumpuan kepada memahami segala aspek aktiviti jawatankuasa dalam usaha untuk dipertimbangkan untuk jawatan Kerusi. Mereka menggunakan enam bulan untuk memahami peranan semua orang dengan mengikuti jejak ahli dan membantu mereka dalam menyiapkan tugasan mereka.
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut atau berminat untuk menyertai pasukan kami, anda boleh hubungi kami di sini!