Soalan lazim

Rumusan

Jawatan manakah dalam OTW dilantik melalui pilihan raya?

Hanya ahli Lembaga Pengarah adalah dilantik. Lembaga Pengarah adalah kumpulan individu yang memimpin OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif). Ia terdiri daripada tiga pegawai (Pengerusi, Bendahari, dan Setiausaha), dan juga ahli bukan pegawai. Individu tidak bertanding untuk pejabat tertentu; namun mereka bertanding untuk kedudukan dalam Lembaga, dan ahli Lembaga akan memilih pegawai secara kolektif daripada dalam kumpulan apabila penggal pegawai mereka berakhir (penggal pegawai adalah lebih pendek daripada penggal pengarah).

Sekurang-kurangnya dua pengarah akan dilantik setiap tahun (dalam pilihan raya untuk ahli OTW yang berbayar), dan mereka kini berkhidmat selama tiga tahun.

Apakah tugas ahli Lembaga Pengarah?

Sebagai satu kumpulan, tugas mereka adalah termasuk menjalankan perancangan strategik dan membuat keputusan dalam bidang seperti misi OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif), bajet tahunan, projek, dan keutamaan seperti mengekalkan fokus jangka panjang untuk organisasi; memantau perkembangan dalam mencapai matlamat strategik; memastikan pematuhan undang-undang organisasi; bertanggungjawab terhadap tindakan organisasi; mempunyai tanggungjawab undang-undang kepada organisasi dan kewangannya dengan IRS (Jabatan Hasil Dalam Negeri Amerika Syarikat); dan menandatangani kontrak, pengagihan dana, dan berurusan dengan pelbagai jenis perkara.

Sebagai individu pula, ahli lembaga adalah dijangka menghadiri mesyuarat berbentuk chat; mengikuti perkembangan perhubungan dan laporan organisasi yang berkaitan; dan bertindak dengan baik demi menjaga kepentingan OTW.

Siapakah yang layak untuk menjadi calon?

Sila rujuk kepada Menjadi Calon untuk maklumat tentang kelayakan.

Mengapakah saya perlu berkhidmat dalam jawatankuasa sebelum saya boleh menjadi calon?

Berkhidmat dalam jawatankuasa organisasi membantu memastikan calon mempunyai tahap pengetahuan yang tertentu terhadap pengurusan dalaman OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif), termasuklah keupayaan untuk bekerja dengan baik bersama-sama dalam kapasiti sukarelawan dalam talian. Ini juga menunjukkan bahawa calon telah menunjukkan komitmen terhadap OTW dan nilai-nilainya.

Mengapakah saya perlu menggunakan nama sebenar saya?

Kerana pengarah adalah yang bertanggungjawab untuk OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) dan kewangannya dalam undang-undang, oleh itu tindakan mereka mestilah boleh dikaitkan kepada identiti sebenar mereka. Ini adalah sebahagian daripada peraturan IRS untuk semua perbadanan organisasi bukan keuntungan, di mana OTW adalah salah satu daripadanya.

Adakah nama sebenar dan identiti fannish saya akan dikaitkan bersama?

Hanya jika anda memilih untuk melakukannya, seperti menyebut identiti fannish anda dalam biodata calon yang anda kemukakan semasa proses pengundian. Kakitangan OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) dan dokumentasi hanya akan merujuk anda menggunakan nama sebenar.

Adakah jawatan tertentu mempunyai keperluan khusus?

Adalah disyorkan bahawa pegawai Lembaga (Pengerusi, Bendahari, dan Setiausaha) mempunyai pengalaman dalam lembaga sebelum menjadi pegawai. Selain daripada itu, tiada keperluan khusus.

OTW adalah organisasi fannish. Mengapakah identiti calon fannish tidak didedahkan kepada umum?

Walaupun terdapat ramai orang yang selesa dengan membolehkan identiti fannish mereka dikaitkan dengan nama sebenar mereka, tidak semua orang begitu, oleh kerana pelbagai sebab. Dasar OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) meletakkan keputusan itu dalam tangan calon; terpulang kepada mereka untuk menentukan sejauh mana keselesaan untuk berkongsi tentang identiti fannish mereka. Ini termasuklah ketika dan selepas proses pemilihan, untuk calon yang terpilih dan juga bagi mereka yang tidak.


Pencalonan

Bagaimanakah saya mengisytiharkan pencalonan?

Pastikan bahawa anda memenuhi syarat kelayakan dan bersedia untuk bertanding di bawah nama sebenar anda. Hantarkan emel kepada pengerusi Pilihan Raya dengan nama sebenar anda dan pernyataan anda berusia lebih daripada 18 tahun. Sila maklumkan kepada Jawatankuasa Pilihan Raya jika anda ingin berkhidmat menggunakan nama samaran anda atau sama ada anda ingin menukarkan nama OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) anda kepada nama sebenar anda sebelum pencalonan atau selepas pilihan raya. Bahagian Pilihan Raya akan memeriksa dengan jawatankuasa yang berkenaan untuk mengesahkan kelayakan anda. Tarikh akhir untuk pengisytiharan pencalonan disenaraikan dalam garis masa pilihan raya .

Apakah perbezaan antara pilihan raya yang dipertandingkan dan pilihan raya yang tidak dipertandingkan?

Pilihan raya yang dipertandingkan diadakan apabila terdapat lebih ramai calon berbanding kerusi yang ada dalam Lembaga, dan pengundi memilih mana-mana calon yang akan bertanding.

Manakala, pilihan raya yang tidak dipertandingkan berlaku apabila bilangan kerusi yang ada dalam Lembaga adalah sama atau lebih dari jumlah calon. Setiap calon secara teknikal tidak bertanding dan secara automatik akan dipilih menjadi anggota Lembaga selepas proses pemilihan (tidak termasuk proses mengundi, yang tidak diperlukan). Semua kerusi yang masih kosong akan kekal kosong sehingga pilihan raya yang akan datang.

Bolehkah saya bertanding sekali lagi?

Ya, sekiranya anda tidak terpilih, maka anda boleh bertanding dalam pilihan raya yang akan datang, selagi anda masih memenuhi setiap syarat kelayakan pada ketika itu.

Bagaimanakah proses kempen berlaku?

Pertama, anda akan menulis sebuah Bio. Ini ialah sebuah perenggan ringkas yang memperincikan pengalaman anda yang berkaitan – di luar talian, dalam OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif), dan dalam fandom.

Kedua, anda akan menjawab soalan Manifesto, yang sama untuk semua calon.

Ketiga, anda akan mengambil bahagian dalam proses soal jawab. Soalan-soalan akan dikemukakan oleh orang awam.

Keempat, anda akan menghadiri acara sembang awam. Acara ini akan diaturkan oleh Jawatankuasa Pilihan Raya mengikut jadual anda.

Bolehkah logo OTW digunakan semasa kempen?

Semasa kempen, elakkan menggunakan logo rasmi OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) atau imej yang mungkin disalah anggap sebagai logo rasmi OTW), termasuk logo untuk projek individu seperti Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita). Anda boleh memblog semula atau retweet pengumuman OTW rasmi yang mengandungi logo tersebut, tetapi jangan kaitkan logo tersebut dengan kempen untuk calon atau calon-calon tertentu. Ini untuk mengelakkan tanggapan bahawa OTW menyokong calon khusus atau calon-calon tertentu.


Mengundi

Bagaimanakah saya layak untuk mengundi dalam pilihan raya?

Anda boleh menjadi ahli OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) dengan menderma 10 USD atau lebih. Keahlian sah selama setahun dari tarikh anda menderma. Ini menjadikan anda layak untuk mengundi dalam satu pilihan raya OTW. Sekiranya anda sudah menjadi ahli, dan anda menderma 10 USD atau lebih lagi, tarikh tamat keahlian anda dimajukan ke hadapan; kebiasaannya setahun daripada sumbangan 10 USD atau lebih yang terbaru. Untuk mengetahui tempoh kelayakan pengundian untuk pilihan raya tahun ini, rujuk garis masa pilihan raya.

Saya telah menderma lebih daripada 10 USD, mengapakah saya tidak menerima apa-apa maklumat mengenai pilihan raya?

Terdapat beberapa sebab:

  1. Adakah sumbangan anda dibuat sebelum tahun pilihan raya sekarang? Sekiranya anda tidak pasti, anda boleh menghubungi Jawatankuasa Pembangunan dan Keahlian kami untuk menyemak semula. Hanya sumbangan yang dibuat semasa tahun pilihan raya melayakkan ahli untuk mengundi dalam pilihan raya tahun ini.
  2. Adakah anda telah berhenti melanggan e-mel OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif)? Jika ya, anda boleh menghantar e-mel ke devmem@transformativeworks.org untuk kembali semula ke senarai kenalan.
  3. Adakah e-mel OTW termasuk ke dalam folder spam anda? Sekiranya anda tidak mahu ia berlaku, cuba tambah @transformativeworks.org ke dalam senarai kenalan selamat anda.

Sekiranya semua di atas tidak berkenaan, hubungi kami dan kami akan cuba menyelesaikan masalah ini.

Mengapa saya tidak boleh menjadi ahli dengan mendermakan masa saya kepada OTW?

Sebagai organisasi bukan keuntungan yang diiktiraf di sisi undang-undang, kami diwajibkan untuk memastikan setiap undi datang daripada individu yang diiktiraf secara sah. Cara paling mudah untuk melakukan ini adalah dengan mengikat status keahlian kepada sumbangan yang dibuat melalui akaun bank atau kad kredit — iaitu kaedah pembayaran yang menentukan identiti. Disebabkan prinsip ini, sumbangan yang dibuat melalui wang tunai atau pesanan wang tidak boleh diberi keahlian.

Bagaimana proses pengundian berfungsi?

Pengundi layak—semua ahli yang telah menderma secara sah—akan menerima arahan pada alamat e-mel yang mereka gunakan untuk menyertai organisasi. Semua undi adalah rahsia.

Undian akan dikira menggunakan versi pengundian penentu segera yang diubah suai untuk pemilihan pemenang berganda. Untuk penjelasan lengkap, sila rujuk laman maklumat proses pengundian.

Bilakah kami akan ketahui keputusan pilihan raya?

Keputusan penuh akan diterbitkan selepas pemilihan ditutup; sekiranya berlaku kesukaran yang tidak dijangka, kami akan mengumumkan keputusan tidak lebih dari tiga hari selepas berakhirnya pengundian. Dalam kes penangguhan, Pilihan Raya akan memaparkan status terbaru mengenai sebab penangguhan dan garis masa untuk penyelesaian.

Bolehkah saya mengetahui kedudukan calon?

Untuk mengekalkan kesamaan antara semua ahli Lembaga, kami tidak akan memberikan kedudukan calon.


Mengundi Melalui Proksi

Apakah mengundi melalui proksi? Bagaimanakah ia berfungsi?

Pengundian melalui proksi ialah melantik orang lain untuk membuat undian anda dalam pilihan raya, di mana OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) perlu membenarkan mengikut undang-undang Delaware. Biasanya, ia boleh dilakukan sekiranya ahli tidak mempunyai akses kepada internet atau mempunyai komitmen lain sepanjang tempoh pilihan raya.

Sekiranya ahli tidak mempunyai akses undian percubaan, sebagai contoh mereka mungkin menggunakan perisian yang lapuk atau mempunyai perisian lain yang mempunyai masalah keserasian yang menyebabkan undian tidak dapat diakses, mereka berkemungkinan akan mempunyai isu yang sama dengan undian sebenar dan harus memilih untuk menentukan proksi. Anda harus menetapkan proksi sendiri. Jawatankuasa Pilihan Raya dan pihak OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) tidak menetapkan proksi buat ahli.

Proksi dilantik melalui e-mel. E-mel permintaan proksi mesti

  1. berasal dari akaun e-mel yang anda gunakan untuk menderma kepada OTW;
  2. ditujukan kepada kedua-dua elections-chair@transformativeworks.org dan proksi anda;
  3. bersertakan nama asal anda; dan
  4. bersertakan perisytiharan yang anda ingin melantik proksi anda kepada penerima e-mel.

Proksi anda mesti membalas e-mel tersebut, mengakui penerimaan dan memasukkan nama sah mereka dalam balasan e-melnya. E-mel ini mesti diterima oleh elections-chair@transformativeworks.org sekurang-kurangnya dua minggu sebelum pilihan raya. Tarikh akhir rasmi untuk penugasan proksi akan dimasukkan ke dalam garis masa pilihan raya.

Pelantikan proksi berlangsung selama enam bulan; sehingga enam bulan itu berlalu, kami tidak boleh membatalkan atau mengubah pelantikan proksi anda. Jika anda telah dilantik menjadi proksi orang lain, anda tidak boleh menyerahkannya kepada orang lain.


Maklumat Lanjut

Dimanakah saya boleh mengetahui lebih lanjut tentang pilihan raya ini?

Laman web Pilihan Raya adalah pilihan terbaik untuk mendapatkan maklumat lanjut. Kami mempunyai dua bahagian iaitu berita terkini dan sejarah, dan juga kategori yang lebih terperinci yang disenaraikan di tepi.

Soalan saya masih tidak dijawab.

Anda boleh menghubungi kami melalui borang sokongan. Kami sedia membantu!