Untuk menggalakkan proses pemilihan yang terbuka, mengalu-alukan dan positif, Jawatankuasa Pilihan Raya meminta agar calon, sukarelawan dan ahli mengikuti sangkaan mudah ini semasa semua aktiviti pilihan raya rasmi:
- Elakkan penggunaan kata-kata penghinaan, termasuklah yang berkaitan dengan kecacatan fizikal dan mental.
- Hormat neutral jantina dan/atau pilihan kata ganti.
- Bercakap tentang tingkah laku/kata-kata calon, bukan orangnya. Contoh: “X tidak menangani kebimbangan Y” dan bukannya “X tidak bertimbang rasa.”
- Jangan gunakan kemudahan/akses OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif), atau meminta orang lain untuk menggunakan kemudahan/akses mereka untuk mengacau, menghendap, mengintip atau mengugut mana-mana sukarelawan, ahli atau calon.
- Jangan campur tangan dengan pencalonan mana-mana calon yang anda mungkin berada dalam kedudukan kuasa.
- Elakkan mendedahkan sesiapa. Ini bermaksud elakkan mengaitkan mana-mana persona fannish, nama yang digunakan dalam OTW, dan/atau nama yang sah (atau apa-apa tindakan yang boleh dikaitkan dengan nama-nama ini), tanpa kebenaran jelas daripada orang tersebut. Pendedahan akan mengakibatkan penghapusan hak mengundi atau, dalam hal calon, penghapusan hak diundi.
- Jangan merasuah sesiapa dengan wang, fanworks atau apa-apa sahaja. Rasuah juga akan mengakibatkan penghapusan hak mengundi atau penghapusan hak diundi.