Mengundi Dalam Pilihan Raya OTW

Untuk mengundi untuk Lembaga Pengarah OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif), anda perlu membayar yuran keahlian penuh sebelum 30 Jun tahun pilihan raya tersebut. Sila ambil perhatian bahawa resit sumbangan anda akan ditarikhkan mengikut Masa US Timur, oleh itu jika sumbangan anda disenaraikan selepas 19:59 pada 30 Jun pada resit, anda tidak layak untuk mengundi. Jika anda tidak pasti samada sumbangan anda dibuat sebelum tarikh akhir, sila hubungi Jawatankuasa Pembangunan dan Keahlian dengan menggunakan borang pada laman web kami dan memilih “Is my membership current/Am I eligible to vote?” (Adakah keahlian saya masih aktif/Adakah saya layak untuk mengundi?). Semak Garis Masa untuk tarikh-tarikh penting yang lain.

Anda perlu membuat sumbangan melalui cek peribadi, kad kredit atau akaun PayPal milik anda. Untuk tujuan keahlian, kami perlu mampu untuk menyambung pembayaran anda kepada sesebuah akaun bank atau kad kredit supaya kami boleh mengesahkan bahawa anda adalah orang sebenar dan seorang individu apabila kami mengadakan pilihan raya.

Sertai OTW dan dapatkan hak mengundi!

Apabila anda telah memastikan kelayakan anda sebagai pengundi, sila baca arahan pengundian.

Tindakan berikut akan menjadi alasan untuk menghilangkan kelayakan anda untuk mengundi pada tahun pengundian di mana tindakan itu berlaku:

  • Menawarkan apa-apa insentif untuk mengundi (sama ada kewangan atau pertimbangan lain, termasuk karya-karya kreatif peminat).
  • Membocorkan nama samaran mana-mana calon, atau menghubungkan nama benar dan nama mana-mana ahli OTW atau sukarelawan yang tidak memilih untuk hubungan itu diketahui umum.