Apakah Tugas Lembaga

Apakah tugas ahli Lembaga Pengarah?

Sebagai satu kumpulan, tugas-tugas Lembaga termasuklah menjalankan perancangan strategik dan membuat keputusan dalam bidang-bidang seperti misi OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif), anggaran baget tahunan, projek dan perkara keutamaan; mengekalkan tumpuan jangka panjang untuk organisasi; memantau kemajuan ke arah sasaran strategik; memastikan pematuhan undang-undang organisasi; mengambil tanggungjawab untuk tindakan organisasi; mengambil tanggungjawab kuasa undang-undang untuk organisasi dan hal kewangannya dengan IRS (Jabatan Hasil Dalam Negeri Amerika Syarikat); dan menandatangani kontrak, mengagihkan dana, dan berurusan dengan pelbagai jenis perkara.

Sebagai individu pula, ahli lembaga adalah dikehendakkan menghadiri mesyuarat berbentuk chat; sentiasa dalam pengetahuan tentang laporan dan komunikasi organisasi yang berkaitan; dan bertindak dengan baik untuk menjaga kepentingan OTW.