Terima kasih atas minat anda untuk bertanding dalam pilihan raya untuk Board of the OTW (Lembaga Pengarah OTW)! Untuk maklumat lanjut tentang kelayakan anda untuk bertanding, sila lawati laman Cara Menjadi Calon. Berikut ialah sebuah ringkasan tentang proses menjadi calon.
Musim pilihan raya bermula pada akhir tempoh perisytiharan pencalonan, lapan minggu sebelum pengundian, dan berlanjutan sehingga tamat pilihan raya. Kami menggalakkan calon-calon untuk membincangkan polisi, pandangan, dan visi mereka dengan ahli-ahli OTW dalam mana-mana forum yang dipilih oleh mereka.
Calon dikehendaki memberi sebuah kenyataan umum yang meringkaskan falsafah mereka, matlamat mereka untuk organisasi tersebut, dan pandangan mereka terhadap hala tuju organisasi tersebut pada masa hadapan. Kenyataan ini akan dipaparkan di laman web Jawatankuasa Pilihan Raya OTW.
Selepas kenyataan ini diserahkan, khalayak ramai akan diberi peluang untuk mengemukakan soalan kepada calon-calon. Calon-calon akan menjawab soalan-soalan tersebut di laman web Jawatankuasa Pilihan Raya OTW, dalam set yang diatur mengikut topik.
Calon-calon juga digalakkan untuk turut serta dalam perbincangan awam, dalam forum yang disediakan oleh OTW pada masa yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Transkrip perbincangan ini juga akan disediakan di laman web Jawatankuasa Pilihan Raya OTW.