Selamat Datang!

Hai! Selamat datang ke laman web Pilihan Raya OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif), sumber anda untuk berita dan dasar pemilihan Lembaga OTW.

Sepanjang musim pilihan raya, di sini adalah bahagian di mana kami akan menyiarkan berita dan maklumat untuk pengundi-pengundi dan juga calon-calon.

Untuk mengemudi laman web, klik pautan dalam menu navigasi di atas artikel ini. Berita Pilihan Raya untuk 2014 dan terdahulu boleh didapati di bahagian ‘Sejarah Pemilihan’.

Sila komen di artikel ini atau artikel yang lain jika anda mempunyai soalan yang ingin dijawab – atau e-mel kami di elections@transformativeworks.org.

Kami berharap untuk berjumpa dengan anda di stesen mengundi alam maya!