Pengumuman Calon
OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) dengan sukacitanya mengumumkan calon-calon berikut untuk Pilihan Raya tahun 2020 (dalam susunan abjad dengan nama yang diberikan):
- Alex Tischer
- Jess White
- Kati Eggert
- Nicole Abraham
- Tyme LaDow
- Zoë Tucker
26 Julai : Mengikut pengumuman, Tyme LaDow menarik diri daripada undian.
Oleh kerana terdapat 3 kerusi yang akan diisi dan jumlah calon adalah seramai 6 orang, pilihan raya tahun 2020 akan dipertandingkan – iaitu, ahli-ahli OTW akan mengundi mana-mana calon untuk mengisi kerusi tersebut.
Jawatankuasa Pilihan Raya berbesar hati untuk memperkenalkan para calon pilihan raya kepada ahli-ahli OTW! Bersama dalam artikel ini ialah pautan kepada Biodata dan Dasar ringkas yang ditulis oleh para calon. Maklumat mengenai tempoh undian dan cara mengundi akan turut disiarkan sebentar lagi.
Sementara itu, garis masa untuk acara Pilihan Raya terdapat di sini untuk rujukan anda. Sila baca lebih lanjut untuk mengetahui lebih lagi tentang calon-calon kami dan bagaimana anda boleh mengemukakan soalan kepada mereka!
Dasar dan Bio
Kami meminta setiap calon untuk menyediakan sebuah biodata yang merangkumi pengalaman profesional dan fannish mereka, serta menulis Dasar mengenai matlamat untuk tempoh jawatan mereka dalam Lembaga Pengarah dengan menjawab soalan-soalan berikut:
- Apakah sebab anda membuat keputusan untuk bertanding dalam pilihan raya untuk menyertai Lembaga Pengarah?
- Apakah kemahiran dan/atau pengalaman yang dapat anda sumbangkan kepada Lembaga Pengarah?
- Pilih satu atau dua matlamat untuk OTW yang penting bagi anda dan yang anda berminat untuk mengusahakan sepanjang tempoh jawatan. Mengapakah anda menghargai matlamat tersebut? Bagaimana anda akan bekerjasama dengan pihak lain untuk mencapainya?
- Apakah pengalaman anda dengan projek-projek OTW dan bagaimanakah akan anda bekerjasama dengan jawatankuasa yang berkaitan untuk menyokong dan mengukuhkan projek-projek tersebut? Sila sertakan beberapa projek tersebut, tetapi anda juga bebas untuk memberi penekanan kepada projek-projek di mana anda mempunyai lebih pengalaman.
- Bagaimanakah anda mengimbangi antara kerja anda sebagai ahli Lembaga Pengarah dengan peranan anda yang lain dalam OTW, atau bagaimanakah anda merancang untuk menyerahkan peranan anda sekarang untuk memberi tumpuan kepada kerja sebagai ahli Lembaga Pengarah?
Anda boleh membaca kedua-dua jawapan calon untuk soalan-soalan ini dan biodata mereka dengan mengikuti pautan-pautan di bawah.
OTW adalah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, and Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW. Untuk mengetahui lebih tentang pasukan penerjemah sukarela kami yang telah menerjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.