Berkuat kuasa pada 26 Julai, Tyme LaDow telah menarik balik pencalonan beliau untuk pemilihan Lembaga 2020 atas sebab peribadi.
Jawatankuasa Pilihan Raya mengucapkan Tyme selamat maju jaya dalam kerja berterusan beliau untuk OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif).
Di samping itu, Tyme memberikan kenyataan peribadi mengenai penarikannya, yang terdapat dalam versi bahasa Inggeris untuk siaran ini. Pilih ‘Bahasa Inggeris’ di bar sisi untuk mengaksesnya.
OTW adalah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, and Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW. Untuk mengetahui lebih tentang pasukan penerjemah sukarela kami yang telah menerjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.