Para Ahli OTW – Sila Semak E-mel Anda Untuk Arahan Mengundi

Pada masa ini, setiap ahli OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) yang layak mengundi sepatutnya telah menerima e-mel yang mengandungi pautan untuk arahan mengundi bagi tahun 2020. Bidang subjek e-mel tersebut ialah “Voting Instructions for Organization for Transformative Works (OTW) Board Election” (Arahan Mengundi Untuk Pilihan Raya Lembaga Pengarah Organisasi Karya-karya Transformatif (OTW)). Harap maklum bagi sesiapa yang tidak menerima e-mel tersebut tidak termasuk dalam senarai pengundi bagi tahun ini dan tidak akan dapat membuat undian.

E-mel arahan mengundi tersebut mengandungi pautan ke sebuah borang undi contoh. Sila tekan pautan terbabit untuk memastikan laman tersebut dipaparkan dengan lengkap dan calon-calon pilihan raya tersenarai. Jika tidak, sila pastikan anda tidak menghalang JavaScript dari ajax.googleapis.com, bootstrapcdn.com, dan/atau opavote.com.

Jika anda seorang ahli OTW dan tidak menerima e-mel ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Semak folder spam.
    • Jika anda menggunakan Gmail, semak peti masuk Social anda.
    • Sekiranya e-mel tersebut ditanda sebagai spam, tandakannya semula sebagai ‘bukan spam’. Jika ia tidak ditandakan sebagai ‘bukan spam’, anda juga tidak akan menerima borang undi sebenar anda kelak kerana ia juga akan dianggap sebagai e-mel spam.
  2. Sekiranya anda langsung tidak menerima sebarang e-mel, sila periksa resit derma anda dan semak tarikh pendermaan nya.
    • Untuk mengundi dalam pilihan raya ini, resit anda mesti bertarikh antara 1 Julai 2019 dan 30 Jun 2020 UTC, termasuklah kedua-dua tarikh tersebut. Resit-resit mempunyai tarikh yang mengikuti zon masa EDT; resit anda mungkin menyatakan 30 Jun 2020, tetapi tidak layak jika dermaan dibuat selepas tengah malam pada 1 Julai UTC.
    • Sekiranya anda membayar dengan cek, tempoh keahlian anda mula dikira daripada tarikh cek diterima.
  3. Sekiranya pendermaan anda dibuat semasa tempoh waktu yang layak, pastikan anda menandakan kotak untuk menjadi ahli. Keahlian adalah terbuka untuk sesiapa yang menderma sekurang-kurangnya 10 USD; ahli sahaja yang layak mengundi.
  4. Jika anda telah pun menjadi ahli, pastikan anda tidak menandakan mana-mana e-mel oleh OTW sebagai spam ataupun memilih untuk tidak menerima e-mel OTW atau borang undi tahun lepas. Jika anda telah berbuat demikian dan ingin mengundi pada tahun ini, anda harus mengikuti 5 langkah berikut.
  5. Sekiranya anda menderma sekurang-kurangnya 10 USD pada tempoh layak dan anda telah menandakan kotak untuk menjadi ahli, sila isikan Borang Hubungan Pilihan Raya dan pilih topik “Is my membership current/Am I eligible to vote?” (“Adakah keahlian saya aktif/Adakah saya layak untuk mengundi?”). Pastikan anda menyertakan e-mel yang anda menggunakan semasa menderma.
    • Keahlian tidak ada kaitan dengan menjadi pengguna Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) ataupun Fanlore. Sila mengelakkan daripada memberi kami nama pengguna AO3 atau Fanlore anda – kami tidak akan dapat mengenal pasti siapa yang memiliki nama pengguna itu dan kami tidak ingin mengetahuinya.

Yang penting sekali, sekiranya e-mel arahan mengundi anda tiada dalam peti masuk anda, ditanda sebagai spam, ataupun dikecualikan mengikut permintaan anda, anda tidak akan menerima borang undi buat tahun ini, dan anda mungkin tidak akan menerima borang undi juga pada tahun depan. Berikutan itu, sekiranya mana-mana perkara tersebut telah berlaku kepada e-mel pilihan raya tahun lepas, anda tidak akan menerima borang undi pada tahun ini. Oleh itu, jika anda telah meminta untuk tidak menerima e-mel OTW atau menandanya sebagai spam sebelum ini, dan anda ingin mengundi, sila isikan Borang Hubungan Jawatankuasa Pilihan Raya dan pilih topik “Is my membership current/Am I eligible to vote?” (“Adakah keahlian saya aktif/Adakah saya layak untuk mengundi?”).


OTW adalah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, and Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW. Untuk mengetahui lebih tentang pasukan penerjemah sukarela kami yang telah menerjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.