Walaupun terdapat ramai orang yang selesa dengan membolehkan identiti fannish mereka dikaitkan dengan nama sebenar mereka, tidak semua orang begitu, oleh kerana pelbagai sebab. Dasar OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) meletakkan keputusan itu dalam tangan calon; terpulang kepada mereka untuk menentukan sejauh mana keselesaan untuk berkongsi tentang identiti fannish mereka. Ini termasuklah ketika dan selepas proses pemilihan, untuk calon yang terpilih dan juga bagi mereka yang tidak.
Group: Rumusan
Adakah jawatan tertentu mempunyai keperluan khusus?
Adalah disyorkan bahawa pegawai Lembaga (Pengerusi, Bendahari, dan Setiausaha) mempunyai pengalaman dalam lembaga sebelum menjadi pegawai. Selain daripada itu, tiada keperluan khusus.
Adakah nama sebenar dan identiti fannish saya akan dikaitkan bersama?
Hanya jika anda memilih untuk melakukannya, seperti menyebut identiti fannish anda dalam biodata calon yang anda kemukakan semasa proses pengundian. Kakitangan OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) dan dokumentasi hanya akan merujuk anda menggunakan nama sebenar.
Mengapakah saya perlu menggunakan nama sebenar saya?
Kerana pengarah adalah yang bertanggungjawab untuk OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) dan kewangannya dalam undang-undang, oleh itu tindakan mereka mestilah boleh dikaitkan kepada identiti sebenar mereka. Ini adalah sebahagian daripada peraturan IRS untuk semua perbadanan organisasi bukan keuntungan, di mana OTW adalah salah satu daripadanya.
Mengapakah saya perlu berkhidmat dalam jawatankuasa sebelum saya boleh menjadi calon?
Berkhidmat dalam jawatankuasa organisasi membantu memastikan calon mempunyai tahap pengetahuan yang tertentu terhadap pengurusan dalaman OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif), termasuklah keupayaan untuk bekerja dengan baik bersama-sama dalam kapasiti sukarelawan dalam talian. Ini juga menunjukkan bahawa calon telah menunjukkan komitmen terhadap OTW dan nilai-nilainya.
Siapakah yang layak untuk menjadi calon?
Sila rujuk kepada Menjadi Calon untuk maklumat tentang kelayakan.