Inilah garis masa pilihan raya rasmi bagi tahun 2020. Beberapa acara pilihan raya, seperti sesi soal jawab dan sesi sembang langsung dengan calon, hanya akan diadakan dalam Bahasa Inggeris. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenainya, sila rujuk kepada garis masa ini dalam Bahasa Inggeris dengan memilih “English” dari senarai bahasa yang terdapat pada bahagian kiri laman ini.
19 Jun
- Tarikh akhir pencalonan adalah pada 11:59pm UTC. Calon juga perlu menjadi ahli OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) sebelum waktu ini.
- Tarikh akhir bagi Bio dan Dasar calon untuk dikemukakan kepada Jawatankuasa Pilihan Raya pada 11:59pm UTC. Jika pernyataan akan diterjemah, pernyataan yang dikemukakan lewat akan diterjemahkan akhir sekali.
21 Jun
- Calon diumumkan kepada orang ramai, dan Bio dan Dasar diterbitkan.
30 Jun
- Tarikh akhir untuk menjadi ahli supaya dapat mengundi dalam pilihan raya yang akan datang.
- Sesiapa yang menjadi ahli antara 1 Julai 2019 dan 30 Jun 2020, termasuk kedua-dua tarikh tersebut, waktu UTC, akan layak untuk mengundi dalam pilihan raya ini.
26 Julai
- Arahan pengundi dihantar melalui emel kepada pengundi yang layak.
2 Ogos
- Tarikh akhir untuk menghubungi Jawatankuasa Pilihan Raya untuk permintaan proksi jika anda tidak dapat mengakses emel sepanjang tempoh pilihan raya.
14-17 Ogos
- Pilihan raya akan diadakan dari 12:01am UTC pada hari Jumaat hingga 11:59pm UTC pada hari Isnin.
18 Ogos
- Keputusan pilihan raya diumumkan.
25 Ogos
- Tarikh akhir untuk permintaan kira semula undi.
1 Oktober
- Serahan Lembaga Pengarah bermula.
Garis masa bagi tahun-tahun lepas boleh didapati di laman Sejarah.