Terdapat beberapa sebab:
- Adakah sumbangan anda dibuat sebelum tahun pilihan raya sekarang? Sekiranya anda tidak pasti, anda boleh menghubungi Jawatankuasa Pembangunan dan Keahlian kami untuk menyemak semula. Hanya sumbangan yang dibuat semasa tahun pilihan raya melayakkan ahli untuk mengundi dalam pilihan raya tahun ini.
- Adakah anda telah berhenti melanggan e-mel OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif)? Jika ya, anda boleh menghantar e-mel ke devmem@transformativeworks.org untuk kembali semula ke senarai kenalan.
- Adakah e-mel OTW termasuk ke dalam folder spam anda? Sekiranya anda tidak mahu ia berlaku, cuba tambah @transformativeworks.org ke dalam senarai kenalan selamat anda.
Sekiranya semua di atas tidak berkenaan, hubungi kami dan kami akan cuba menyelesaikan masalah ini.