Bagaimanakah rupanya proses kempen?

Pertama, anda akan menulis sebuah Bio. Ini ialah sebuah perenggan ringkas yang memperincikan pengalaman anda yang berkaitan – di luar talian, dalam OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif), dan dalam fandom.

Kedua, anda akan menjawab soalan Manifesto, yang sama untuk semua calon.

Ketiga, anda akan mengambil bahagian dalam proses soal jawab. Soalan-soalannya adalah dikemukakan oleh orang awam.

Keempat, anda akan menghadiri acara sembang awam. Acara ini akan diaturkan oleh Jawatankuasa Pilihan Raya dengan mempertimbangkan jadual anda.