Pengundian oleh proksi ialah melantik orang lain untuk membuat undian anda dalam pilihan raya, yang OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) perlu membenarkan mengikut undang-undang Delaware. Biasanya, ia boleh dilakukan sekiranya ahli tidak mempunyai akses kepada internet atau mempunyai komitmen lain sepanjang tempoh pilihan raya.
Proksi dilantik melalui e-mel. E-mel permintaan proksi mesti
- berasal dari akaun e-mel yang anda menggunakan untuk menderma kepada OTW;
- ditujukan kepada kedua-dua elections-chair@transformativeworks.org dan proksi anda;li>
- sertakan nama asal anda; dan
- sertakan perisytiharan yang anda ingin melantik proksi anda kepada penerima e-mel.
Proksi anda mesti membalas e-mel tersebut, mengakui penerimaan dan memasukkan nama sah mereka dalam balasan e-melnya. E-mel ini mesti diterima oleh elections-chair@transformativeworks.org sekurang-kurangnya dua minggu sebelum pilihan raya. Tarikh akhir rasmi untuk penugasan proksi akan dimasukkan ke dalam garis masa pilihan raya.
Perlantikkan proksi berlangsung selama enam bulan; sehingga enam bulan itu berlalu, kami tidak boleh membatalkan atau mengubah perlantikkan proksi anda. Jika anda telah dilantik menjadi proksi orang lain, anda tidak boleh menyerahkannya kepada orang lain.