Dasar dan Bio Zoë Tucker

Bio

Zoë Tucker adalah pelajar lepasan dalam bidang STEM. Pengalamannya dalam fandom telah bermula dengan membaca karya asal pada FictionPress dan dia telah menulis hasil fiksyen peminatnya pertama dalam buku nota garis satu yang (syukurnya) tidak pernah dilihat sesiapa pun. Ia telah mengambil tiga tahun sebelum Zoë mendapat tahu bahawa terdapat juga orang lain yang mempunyai pendapat tegas atas kesimpulan buku yang telah membawa mereka untuk menulis kesimpulan baru mereka sendiri dan dia telah bermula membaca karya-karya ini di fanfiction.net. Zoë kemudian mengubah kepada Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) apabila dia menemui sistem penapisan AO3 yang mengagumkan. Dia berada dalam banyak fandom, suka menyokong semua pasangan dan mahu cadangan OT3 anda.

Zoë telah menantikan permohonan posisi sukarela bagi OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) yang sesuai baginya pada 2017 dan membuat keputusan untuk memohon sebagai penyelaras tag pada bulan September. Dia telah menyertai jawatankuasa Bantuan pada bulan Jun yang berikutan (dan berjaya menyelesaikan permintaan bantuan yang baru diterima dengan sendirinya!) dan kumpulan Penyelia Penyelarasan Tag pada akhir tahun 2019. Antara matlamat utamanya adalah untuk menambahbaikan pengalaman pengguna di AO3. Zoë amat gemar menjawab permintaan bantuan mengenai penyelarasan tag, dan lebih suka menyelaras fandom kecil di mana dia dapat mencipta tag watak dan hubungan baru yang diingini oleh pengguna. Di setiap arah kehidupan yang dijejaki olehnya, dia bekerja ke arah menambahbaikan keadaan untuk menjadi lebih baik dari yang dijumpai olehnya.

Dasar

1. Apakah sebab anda membuat keputusan untuk bertanding dalam pilihan raya untuk menyertai Lembaga Pengarah?

Pada asasnya, saya ingin menjadi ahli Lembaga kerana saya cinta akan OTW. Walaupun set kemahiran dan masa lapang saya tidak membolehkan saya menyertai setiap jawatankuasa, namun saya masih ingin membuat sedaya upaya untuk OTW secara keseluruhan. Menjadi ahli Lembaga Pengarah akan memberi peluang kepada saya untuk membantu. Saya percaya dalam misi OTW, dan kedua-dua masyarakat dalaman organisasi ini dan tempatnya dalam komuniti fannish. Saya yakin bahawa kemahiran yang saya memperolehi di sini boleh digunakan untuk membantu OTW secara keseluruhan, selain kerja yang saya dapat melakukan dengan jawatankuasa saya. Saya ingin membantu secara aktif apabila OTW menghadapi sebarang masalah dan saya berharap untuk meringankan beban kerja ahli kerusi jawatankuasa sambil memahami dan menghormati kepakaran mereka yang khusus.

2. Apakah kemahiran dan/atau pengalaman yang dapat anda sumbangkan kepada Lembaga Pengarah?

Kekuatan saya adalah dalam bidang komunikasi dan memberi perhatian kepada perincian. Saya melihat diri saya sebagai seseorang yang mampu menyampaikan maklumat dengan efektif tanpa menyebabkan sebarang ketegangan tidak wajar. Saya merupakan pengerusi bagi dua organisasi pada tahun akhir saya di universiti, dan memegang jawatan setiausaha, naib pengerusi, dan bendahari pada tahun-tahun sebelumnya. Saya memahami perasaan untuk menjadi antara salah satu orang pertama untuk mengendali sebarang isu yang muncul. Walaupun kepimpinan adalah sesuatu perkara yang membawa tekanan, namun saya melihatnya sebagai sesuatu yang bermanfaat kerana saya dapat memahami dengan lebih mendalami tentang asas dan dasar sebuah organisasi. Saya berharap untuk diberi peluang untuk memberi kepada OTW kerelaan dan keupayaan untuk mendengar dengan lebih teliti, dan kebolehan untuk bercakap dengan penuh timbang rasa dan jelas walaupun dalam masa yang penuh tekanan.

3. Pilih satu atau dua matlamat untuk OTW yang penting bagi anda dan yang anda berminat untuk mengusahakan sepanjang tempoh jawatan anda. Mengapakah anda menghargai matlamat tersebut? Bagaimanakah akan anda bekerjasama dengan pihak lain untuk mencapainya?

Saya berhati-hati untuk mencipta matlamat yang lebih besar untuk OTW di luar pengalaman saya, namun saya ingin melihat kami, sebagai organisasi, untuk bekerja ke arah mengemaskinikan dokumentasi yang khusus jawatankuasa dan bagi seluruh organisasi, supaya terdapat lebih ketelusan mengenai dasar asas kepada keputusan yang dibuat oleh sukarelawan setiap hari. Dalam usaha untuk mencapai matlamat tersebut, kita perlu mengemaskini dokumentasi dalaman kita, sebuah kerja yang berterusan dan kurang diberi penghargaan. Sebagai Penyelia Penyelarasan Tag, saya amat biasa dengan situasi di mana sebuah objektif nampak seolah-olahnya mudah, sebelum kita sedar akan kerja-kerja dalamannya yang lebih rumit. Walaupun setiap jawatankuasa perlu mengutamakan kerja spesifik mereka, namun saya ingin membantu OTW mengumpul semangat untuk memajukan dokumentasi supaya lebih mudah diakses oleh komuniti dan kakitangan kita. Dokumentasi dalaman yang lengkap akan membantu jawatankuasa kita menjadi lebih efektif dan akan membawa kepada dokumentasi luaran yang lebih terang dan pengalaman pengguna yang lebih lancar.

4. Apakah pengalaman anda dengan projek-projek OTW dan bagaimanakah akan anda bekerjasama dengan jawatankuasa yang berkaitan untuk menyokong dan mengukuhkan projek-projek tersebut? Sila sertakan beberapa projek tersebut, tetapi anda juga bebas untuk memberi penekanan kepada projek-projek di mana anda mempunyai lebih pengalaman.

Kebanyakan pengalaman saya berkaitan dengan AO3, namun melalui sistem perbualan dalaman OTW, saya terdedah kepada kerja-kerja jawatankuasa bagi projek-projek organisasi yang lain. Saya percaya bahawa individu yang paling memahami apa yang diperlukan bagi setiap jawatankuasa adalah individu yang berada dalam jawatankuasa tersebut. Secara umumnya, saya rasa tindakan sokongan terbaik yang boleh diambil oleh Lembaga adalah untuk bertanya kepada setiap jawatankuasa mengenai apa yang diperlukan untuk membolehkan kerja mereka bergerak dengan lancar, dan untuk mencuba menyediakan bantuan tersebut sebanyak mungkin. Namun demikian, kerja silang jawatankuasa diperlukan untuk semua projek OTW, dan saya percaya bahawa Lembaga boleh menjadi sumber berguna untuk mewujudkan komunikasi tersebut.

5. Bagaimanakah anda mengimbangi antara kerja anda sebagai ahli Lembaga Pengarah dengan peranan anda yang lain dalam OTW, atau bagaimanakah anda merancang untuk menyerahkan peranan anda sekarang untuk memberi tumpuan kepada kerja sebagai ahli Lembaga Pengarah?

Tanggungjawab semasa saya kepada OTW adalah sebagai penyelaras tag, Penyelia Penyelarasan Tag, dan ahli jawatankuasa Bantuan. Saya rasa beban kerja semasa saya tidak terlalu membebankan atau tidak membolehkan saya menjadi calon atau berada dalam Lembaga, namun jika terdapat perubahan, saya akan bertimbang untuk meletakkan fandom penyelarasan saya yang lebih besar atau bersara dari Bantuan. Beberapa perkara dalam kehidupan harian saya yang telah diperlahankan sewaktu kuarantin ini lama-kelamaan akan mula bergerak seperti biasa, namun saya jangka yang saya boleh memasukkan kemungkinan tanggungjawab Lembaga ke dalam rutin saya sementara kehidupan harian kembali kepada biasa. Saya tidak mempunyai jangkaan di mana saya menghadapi masalah besar dalam mengimbangi antara kerja Lembaga dengan tanggungjawab lain saya kepada OTW, atau tanggungjawab saya yang lain.