26 Julai : Mengikut pengumuman, Tyme LaDow menarik diri daripada undian.
Bio
Tyme LaDow telah dipaksa ke dalam fandom melalui rakan-rakan yang berniat baik pada usia 12 tahun. Pada mulanya, beliau tidak dapat memahami mengapakah ada orang yang berkeinginan untuk meneroka cerita di luar kanon pilihannya dalam dunia-dunia kegemarannya, namun hanya beberapa bulan selepas itu, beliau telah mula menulis karya ceritanya sendiri dan sering memeriksa untuk penerbitan karya baharu setiap hari. Penerbitan karyanya ke Fanfiction.net dan penerimaan maklum balas daripada rakan-rakannya, mahupun orang yang tidak dikenalinya, telah menjelaskan konsep tersebut kepadanya, lalu beliau telah leka dalam fandom dengan mendalam tanpa sebarang kekesalan. Semangatnya terhadap fandom yang baru terbentuk ini telah mengikutnya menerusi pelbagai platform dan fandom, dan pada akhirnya telah membawa beliau ke arah penemuan Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) pada tahun 2011 melalui jemputan oleh teman wanitanya pada masa itu. Sepanjang tahun yang mendatang, beliau lebih aktif sebagai pembaca karya berbanding dengan penulis karya, namun begitu beliau masih gemar menulis karya fiksyen sehubungan dengan segala-gala perbuatannya yang lain dalam fandom. Pada tahun 2014, beliau sedang melayari laman OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) dan berasa kagum dengan betapa banyaknya jenis bahasa yang telah digunakan untuk menterjemah halaman-halaman tersebut, apabila beliau terserempak dengan halaman pengrekrutan sukarelawan, yang secara kebetulannya sedang mengrekrut untuk Jawatankuasa Penyelarasan Tag. Dengan keterujaan kerana terdapat peluang untuk membantu laman web kegemarannya, beliau telah membuat permohonan dan permohonannya diterima dengan agak pantas. Sepanjang tahun-tahun yang lepas, beliau turut telah menyertai pasukan Polisi dan Aduan dan telah mengenali ramai rakan baharu melalui perkhidmatannya yang berterusan kepada AO3. Tyme mempunyai beberapa tahun pengalaman dalam tugasnya yang rumit iaitu pengurusan kerja sukarela, pekerjaannya dan pelanjutan pelajarannya di universiti. Sejak penerokaannya ke dalam fandom, beliau kekal setia dengan para peminat, fandom, dan OTW. Read More