Cara Pemilihan OTW Berfungsi

Proses pengundian OTW

Untuk pilihan raya Lembaga kami, OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) menggunakan pelbagai undian keutamaan yang berpangkalan di sekitar Instant Runoff Voting – IRV system (Sistem Pengundian Segera). Kaedah ini membolehkan satu proses undi yang tunggal, dan membuat setiap undi berkira.

Sepanjang undian dilaksanakan, keutamaan pertama setiap pengundi diambil kira dan undian tersebut digunakan untuk membuat senarai terurus calon. Selepas semua keutamaan pertama diambil kira, jika satu calon memegang majoriti, ia bermakna calon tersebut pemenang pertama kita. Untuk mengubah suai IRV untuk beberapa pemenang, kami seterusnya akan mengeluarkan pemenang tersebut daripada pengundian. Undian yang diberikan kepada calon yang dikeluarkan akan dikira semula dan keutamaan kedua di undian-undian tersebut digunakan untuk memberi undian kepada calon yang tertinggal. Senarai terurus calon dibuat lagi sekali dan pemenang kedua ialah calon yang paling atas di senarai tersebut.

Untuk arahan langkah demi langkah, sila ke arahan mengundi.

Apakah IRV?

Instant Runoff Voting (Sistem Pengundian Segera) adalah sistem pilihan raya yang membenarkan keputusan selepas satu pusingan pengundian dengan meminta pengundi menilai pilihan mereka mengikut urutan keutamaan. Kelebihan terbesar sistem ini adalah bahawa ia menghapuskan keperluan untuk pengundian tambahan sekiranya berlaku keputusan seri. IRV juga umumnya mengelakkan undian taktikal – fenomena pengundian terhadap calon yang anda tidak mahu menang, dan bukan untuk calon yang anda ikhlas menyokong – kerana kaedah ini mengurangkan kemungkinan bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi calon spoiler. Undian tidak dibazirkan, dan pengundi mempunyai pilihan yang lebih luas. Proses kedudukan juga boleh mengurangkan kempen dan konflik negatif antara penyokong calon berlainan – tambahan pula, satu calon tidak perlu mengasingkan penyokong calon lain apabila mana-mana pengundi menyokong kedua-dua orang!

Di pengundian pilihan raya OTW, pengundi boleh memilih untuk menilai seberapa banyak atau sedikitnya calon yang mereka kehendaki, selagi mereka menilai sekurang-kurangnya satu calon.

Sepanjang undian dilaksanakan, keutamaan pertama setiap pengundi dikira dan undi tersebut digunakan untuk membuat senarai calon yang tersusun. Apabila semua pilihan pertama dikira, jika satu calon memegang majoriti, maka calon itu adalah pemenang pertama kami. Jika tidak ada majoriti, maka calon yang memegang pilihan pertama yang paling sedikit dikeluarkan. Undian yang diberikan kepada calon yang telah dikeluarkan akan dikira semula dan keutamaan kedua di undian tersebut digunakan untuk menetapkan undian kepada salah satu calon yang tertinggal. Senarai yang tersusun calon-calon dicipta sekali lagi, dan proses itu berulang sehingga ada pemenang majoriti.

IRV menentukan calon yang boleh diterima oleh majoriti jumlah pengundi – bukan hanya calon yang mempunyai undi yang paling banyak, sesuatu kemungkinan di mana-mana undian yang tidak dinilai dalam undian yang mengandungi lebih daripada dua calon.

Undian Proksi

Undian melalui proksi ialah cara untuk menggunakan orang lain untuk mengundi di pilihan raya.

OTW dikehendaki membenarkan pengundian proksi oleh undang-undang Delaware, yang menentukan: “Pemegang saham boleh memberi kuasa kepada orang atau orang-orang lain untuk bertindak bagi pemegang saham tersebut sebagai proksi dengan menghantar atau memberi kuasa penghantaran elektronik kepada orang yang akan menjadi pemegang proksi.”

Dalam pilihan raya korporat, proksi biasanya digunakan apabila ahli mengundi tidak boleh menghadiri mesyuarat secara peribadi. Dengan pengundian elektronik yang dilanjutkan, banyak sebab biasa untuk mengundi melalui proksi tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, tempoh pengundian mungkin jatuh semasa seseorang ahli mengundi mempunyai komitmen lain atau tidak mempunyai akses internet.

Jika anda memerlukan proksi pengundian, anda boleh menetapkannya pada bila-bila masa sehingga dua minggu sebelum pilihan raya. Tugasan proksi akan berlangsung selama enam bulan, dan hingga enam bulan itu, kami tidak dapat membatalkan atau mengubah tugas proksi anda. Undi proksi tidak boleh ditetapkan semula.

Proksi dipilih melalui e-mel. Apabila anda menghantar permintaan untuk melantik proksi untuk mengundi, permintaan tersebut mesti berasal daripada akaun e-mel yang telah anda gunakan sebelumnya di OTW, dan dihantar kepada kedua-dua [email protected] dan proksi anda. E-mel tersebut juga mesti mengandungi nama sebenar anda dan pengisytiharan yang anda ingin memasukkan proksi anda dalam penerima e-mel. Proksi anda juga mesti membalas semua penerima, mengakui resit dan memasukkan nama sebenar mereka di teks e-mel. E-mel ini mesti diterima oleh [email protected] sekurang-kurangnya dua minggu sebelum pilihan raya.

Apabila anda menetapkan proksi, pilih seseorang yang anda percayai untuk mengundi bagi pihak anda. Secara umum, perjanjian antara anda dan proksi pilihan anda boleh mempunyai apa-apa syarat yang anda inginkan, tetapi hanya sebagai kontrak antara individu. OTW tidak bertanggungjawab untuk menguatkuasakan apa-apa syarat yang anda tetapkan, dan kami tidak dapat mengesahkan sama ada proksi anda menggunakan undi anda atau tidak, atau menunjukkan calon mana yang mereka pilih.

Cabaran

Hanya calon yang boleh membuat permintaan untuk mengira semula undi atau undian baharu. Mana-mana calon yang ingin membuat sedemikian seharusnya menghantar permintaan tersebut, bersertakan dengan penjelasan tentang mengapa mereka menganggap pengiraan semua undi atau pengundian semula diperlukan kepada, jawatankuasa Pilihan Raya kami dalam tempoh seminggu dari pengakhiran pengundian. Jawatankuasa Pilihan Raya akan membuat keputusan dalam masa seminggu selepas menerima permintaan sebegitu. Jika pengundian baharu dianggap diperlukan, pengundian akan berlangsung dalam masa dua minggu selepas keputusan tersebut dilakukan.