Bio dan Dasar Nicole Abraham

Bio

Nicole Abraham mula-mula menemui fandom seawal tahun 2013, apabila beliau menemuifanfiction Harry Potter lalu menjadi seorang yang gemar membaca! Sejak itu, beliau telah dari fandom ke fandom, tetapi keistimewaan fandom pertamanya akan kekal dalam hatinya. Apabila beliau tidak membaca hasil karya fiksyen, Nicole gemar meluangkan masa lapangnya untuk merakam podfic dan melakukan projek-projek kraftangan jahitan fannish. Beliau memegang ijazah dalam Matematik dan Statistik, dan kini bekerja sebagai seorang Pembangun Analisis Perniagaan dalam bidang perubatan.

Peranan pertamanya dalam OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) adalah sebagai penyelaras tag pada tahun 2016, dan beliau kemudian mengambil jawatan penyelia dalam jawatankuasa tersebut, membantu melatih kakitangan penyelaras yang baru, membentuk garis panduan kerja, dan mengurus serta menyelesaikan projek-projek dalam jawatankuasa tersebut. Beliau turut berkhidmat secara sukarela untuk Jawatankuasa Pembangunan dan Pengahlian sebagai Pakar Data Pengahlian, menyelenggara pangkalan data penderma, memastikan segala pertanyaan mengenai pengahlian dijawab dengan bernas, dan menunjukkan keterujaan yang hebat dengan premium kempen yang baru. Tambahan pula, Nicole telah bersukarela dari tahun 2017 hingga 2019, dan ini membolehkannya untuk mengasah kemahiran penyelesaian masalahnya dan banyak mempelajari tentang pekerjaan cabang-cabang dalam OTW yang banyak berhadapan dengan pengguna. Nicole mencintai masyarakat yang telah ditemuinya dalam OTW, dan beliau berasa gembira dengan peluang untuk berusaha sedaya upaya untuk melaksanakan misi OTW.

Dasar

Apakah sebab anda membuat keputusan untuk bertanding dalam pilihan raya untuk menyertai Lembaga Pengarah?

Bersukarela untuk OTW telah menjadi sebahagian besar daripada hidup saya sejak beberapa tahun yang lalu. Saya telah mendapat pelbagai peluang untuk bekerjasama dengan berbagai-bagai jawatankuasa, dan saya percaya yang menyertai Lembaga Pengarah dapat membolehkan saya untuk berbakti dengan lebih baik untuk organisasi yang amat saya hargai ini. Lembaga Pengarah yang kini telah bekerja keras untuk menyokong jawatankuasa-jawatankuasa kami sepanjang kesemuanya yang telah berlaku kebelakangan ini, dan saya ingin memberi bantuan sedaya upaya saya.

Saya telah lama membuat pertimbangan untuk bertanding, walau bagaimanapun ini ialah tahun pertama yang saya mampu mendedikasikan masa dan tenaga yang OTW sewajarnya diberi.

Apakah kemahiran dan/atau pengalaman yang dapat anda sumbangkan kepada Lembaga Pengarah?

Sepanjang 4 tahun lepas saya telah berkhidmat untuk 3 buah jawatankuasa yang berbeza, yang kesemuanya mengendalikan aspek-aspek OTW yang jauh berlainan. Ini telah memberi saya kefahaman yang amat luas mengenai bagaimanakah OTW berfungsi secara dalaman, dan mengajar saya banyak tentang kerjasama sesama jawatankuasa. Sebagai seorang kakitangan Jawatankuasa Pembangunan dan Keahlian, saya telah bekerjasama dengan pelbagai kumpulan yang lain agar dapat merancang kempen pengumpulan dana yang berjaya dan memastikan kemampanan OTW serta kesemua daripada projek-projeknya. Melalui masa saya dalam Jawatankuasa Polisi & Aduan, saya banyak mempelajari tentang cara menyelesaikan konflik, terutamanya dalam keadaan di mana tiadanya jawapan yang jelas. Memegang peranan penyelia dalam Jawatankuasa Penyelarasan Tag memerlukan kebolehan untuk mengimbangkan antara projek-projek jangka panjang dengan kerja penyelarasan harian yang terbabit dengan pengurusan sesuatu jawatankuasa dengan lebih 400 orang sukarelawan aktif.

Pekerjaan saya dalam statistik dan sebagai juruanalisis perniagaan telah membantu saya perkembangkan kemahiran pemikiran kritis yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah yang rumit. Ia biasanya memerlukan pemerhatian terhadap sesuatu masalah dari pelbagai sudut yang berlainan, berikutan dengan kerjasama dengan pihak lain untuk memastikan yang jalan penyelesaian yang paling praktikal dapat dilaksanakan. Saya biasanya perlu memecahkan sesuatu soalan menjadi pertanyaan yang lebih kecil yang lebih mudah untuk dijawab daripada mencuba untuk menyelesaikan kesemuanya sekali gus, sesuatu yang saya mempercayai akan dapat dikenakan kepada pekerjaan Lembaga Pengarah.

Pilih satu atau dua matlamat untuk OTW yang penting bagi anda dan yang anda berminat untuk mengusahakan sepanjang tempoh jawatan anda. Mengapakah anda menghargai matlamat tersebut? Bagaimanakah akan anda bekerjasama dengan pihak lain untuk mencapainya?

Terdapat ramai orang handal yang bersukarela untuk OTW, tetapi kami turut melaksanakan kerja yang amat banyak. Ia sering menjadi masalah untuk mengetepikan masa dan tenaga untuk mengendalikan semua kerja yang diperlukan dan masih ada masa lebih untuk melatih sukarelawan baru, dan malangnya kami tidak ada masa yang mencukupi untuk membuat segalanya. Salah satu isu utama yang paling saya risau tentang ialah masalah kelesuan sukarelawan. Saya ingin menangani masalah tersebut dengan perkara seperti menggalakkan pengurusan kerja yang lebih baik, bekerjasama dalam kerja yang lebih besar, dan berehat seketika ataupun megurangkan beban kerja apabila diperlukan, tetapi saya faham yang masalah sebegini tiada jalan penyelesaian yang mudah. Saya juga ingin bekerja dengan pihak lain untuk melihat pendapat mereka mengenai perkara tersebut dan untuk menentukan idea untuk jalan penyelesaian jangka panjang.

Apakah pengalaman anda dengan projek-projek OTW dan bagaimanakah akan anda bekerjasama dengan jawatankuasa yang berkaitan untuk menyokong dan mengukuhkan projek-projek tersebut? Sila sertakan beberapa projek tersebut, tetapi anda juga bebas untuk memberi penekanan kepada projek-projek di mana anda mempunyai lebih pengalaman.

Membaca dokumentasi untuk jawatankuasa-jawatankuasa yang lain telah banyak membantu, kedua-dua dalam mengenal pasti punca pendapat seseorang dalam sesebuah projek kerjasama, dan dalam memahami bagaimanakah OTW berfungsi secara keseluruhannya. Saya mempercayai betapa pentingnya untuk menggalakkan dan menyokong jawatankuasa-jawatankuasa secara berterusan apabila mereka mengemas kini dokumentasi dalaman. Ini memastikan yang pengetahuan mengenai proses dan keputusan yang penting dikekalkan, malah ia juga boleh membantu pihak lain memahami jalan kerja jawatankuasa-jawatanjuasa yang mereka bekerjasama dengan.

Selain itu, sesuatu yang kekal dalam hati saya ialah kemampanan dan perkembangan OTW dan projek-projeknya yang berterusan. Kami berasa amat bertuah kerana dapat menerima sumbangan yang memecah rekod untuk kempen-kempen yang lepas. Saya ingin bekerja dengan pengerusi-pengerusi jawatankuasa untuk mengenal pasti bahagian-bahagian di mana sumbangan tersebut boleh digunakan untuk menambah baik projek-projek dan jalan-jalan kerja yang terkini. Ini turut dapat membenarkan sukarelawan untuk meluangkan masa mereka dalam mencapai matlamat-matlamat yang lain, kerana pada masa ini kami sering ada lebih banyak kerja berbanding tenaga kerja untuk menyelesaikannya.

Jika dipilih, maltamat saya adalah untuk menyokong pengerusi-pengerusi jawatankuasa terkini and untuk memastikan yang mereka dapat mengakses semua sumber yang yang diperlukan untuk mengukuhkan dan membina pada kejayaan OTW.

Bagaimanakah anda mengimbangi antara kerja anda sebagai ahli Lembaga Pengarah dengan peranan anda yang lain dalam OTW, atau bagaimanakah anda merancang untuk menyerahkan peranan anda sekarang untuk memberi tumpuan kepada kerja sebagai ahli Lembaga Pengarah?

Baru-baru ini, saya telah meninggalkan jawatan ketua dalam organisasi bukan OTW, seperti kelab Harry Potter tempatan. Atas sebab saya tidak mencuba untuk mengurus pelbagai perkara sekaligus, saya terdapat lebih banyak masa lapang yang saya ingin gunakan untuk membantu OTW. Sekiranya komitmen Lembaga tersebut pada akhirnya memakan lebih banyak masa berbanding yang dijangkakan, saya boleh dengan mudahnya mengurangkan jumlah fandom yang saya sedang menyelaras untuk mengetepikan lebih banyak masa untuk tanggungjawab sebagai ahli Lembaga Pengarah.