Bio dan Dasar Katie Eggert

Bio

Kati Eggert bekerja di dalam pengurusan projek, lebih banyak di dalam projek-projek merentas jabatan yang fokus kepada Teknologi Maklumat dan Pendigitalan.

Beliau telah jatuh cinta dengan fiksyen sains dan fantasi sebaik sahaja beliau tahu membaca. Beliau menyertai fandom yang diatur pada zaman majalah bercetak dan buletin kertas bulanan selepas terjumpa iklan untuk kelab peminat Star Trek pada belakang sebuah novel.

Beliau suka cosplay dan bekerja secara sukarela di konvensyen, terutama konvensyen kecil yang dikendali oleh peminat. Walaupun Kati masih berminat degan Star Trek, beliau juga telah menjangkau kepada fandom-fandom lain dan suka membaca meta tentang sesebuah fandom dan hasil karya peminat.

Kati mengikuti pembangunan OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) sejak dari pemulaanya pada Tahun 2008. Beliau telah menyertai Jawatankuasa Polisi dan Aduan pada Tahun 2015, dan seterusnya Terjemahan (Pasukan German) pada Tahun 2019.

Dasar

1. Apakah sebab anda membuat keputusan untuk bertanding dalam pilihan raya untuk menyertai Lembaga Pengarah?

Fandom merupakan sebahagian besar hidup saya dan telah membuahkan persahabatan yang melebihi dua dekad. Saya tidak membuat hasil karya peminat tetapi saya membuat keputusan untuk bekerja secara sukarela untuk OTW sebagai cara untuk “memberi balik” kepada fandom.

Selama bertahun-tahun, fandom telah menderita atas pembersihan kandungan yang berleluasa, arkib-arkib kecil hilang tanpa mempunyai peluang untuk dipulihkan disebabkan hos-hos yang menghentikan perkhidmatan mereka atau pemilik-pemilik yang hilang minat, dan anti-pegerakan telah menghalau pencipta keluar dari fandom. Saya sangat percaya kepada misi OTW untuk memelihara kesemua hasil karya peminat yang sah dan juga sejarah fandom kami.

Oleh kerana saya telah bertahun bekerja di OTW sebagai seorang sukarela dan telah mempelajari tentang organisasi ini dan projek-projeknya, dan juga pengalaman yang telah saya perolehi daripada kerjaya profesional saya,saya telah mencapai tahap di mana saya rasa yakin untuk mengambil alih tanggungjawab untuk berkhidmat di Lembaga dan memastikan bahawa OTW dan kesemua projek-projeknya boleh diteruskan untuk jangka masa yang panjang.

2. Apakah kemahiran dan/atau pengalaman yang dapat anda sumbangkan kepada Lembaga Pengarah?

Semasa kerjaya saya, saya telah bekerja bermacam jenis projek bersama pasukan pelbagai fungsi dan fokus kepada Teknologi Maklumat dan Pendigitalan yang memerlukan kerjasama seluruh organisasi. Ini telah membantu saya untuk memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang kerjasama antara jabatan dan pengurusan masalah dengan berjaya. Skil tambahan daripada kerjaya profesional saya yang dapat membantu saya sebagai ahli Lembaga adalah pengalaman pengoptimuman proses (dan dokumentasi), analisis risiko, informasi dan pengurusan pengetahuan dan juga sebagai pelaksanaan pengurusan perubahan dan lain-lain.

Sebagai sukarela untuk Jawatankuasa Polisi dan Aduan saya mempunyai banyak hubungan terus dengan pengguna Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita), projek terbesar kami, yang dapat memberi kepada saya pandangan ke dalam kebimbangan pengguna. Walaupun Polisi dan Aduan bekerjasama dengan jawatankuasa lain seperti Bantuan, Terjemahan, Akses, Reka Bentuk dan Teknologi, dan Penasihat Peguaman,dengan mencapai keluar ke Terjemahan sebagai Jawatankuasa kedua ia telah memberi saya perspektif yang lebih luas ke dalam kerja dalaman OTW. Kedua-dua Jawatankuasa juga telah memberi saya pengalaman unik bekerja di dalam pasukan yang berbilang bahasa.

3. Pilih satu atau dua matlamat untuk OTW yang penting bagi anda dan yang anda berminat untuk mengusahakan sepanjang tempoh jawatan anda. Mengapakah anda menghargai matlamat tersebut? Bagaimanakah akan anda bekerjasama dengan pihak lain untuk mencapainya?

Salah satu matlamat yang saya ingin mengejar adalah meluaskan pengantarabangsaan projek-projek kami, dan membuatnya senang diakses oleh peminat dari seluruh dunia, antaranya telah mengingkari kerajaan mereka untuk mengakses laman web kami.

Pada masa ini, kami telah menterjemah berita dan tiket yang dikemukakan kepada bahagian Bantuan AO3 dan Polisi dan Aduan daripada dan kepada bermacam jenis bahasa, namun itu hanyalah langkah pertama untuk menyambut peminat yang bukan berbahasa Inggeris di AO3, dan perjalanan kami masih jauh.

Dari segi Fanlore dan Open Doors, kandungan dan arkib dari komuniti yang majoritinya berbahasa selain daripada bahasa Inggeris tidak mempunyai perwakilan untuk kedua-duanya.. Ini bermaksud bahawa OTW boleh, sebagai contoh, menjangkau kepada ahli-ahli komuniti fandom yang mungkin tidak tahu akan kewujudan projek ini dan membuat hubungan agar mereka juga boleh menggunakan OTW dan infrastrukturnya jika mereka perlu.

Jika kita mahu menjadi sebuah organisasi internasional, kita juga perlu membuat penukaran terhadap ruang hubung kait AO3 agar ia dapat digunakan dalam bahasa selain daripada bahasa Inggeris dan memelihara kandungan daripada tradisi fandom dan asal usul yang lebih luas. Setiap projek yang berbeza mempunyai keperluan yang berbeza dari segi ini, dan saya tahu bahawa sumber yang banyak amat diperlukan untuk pembaikan, terutamanya pelaksanaan ruang hubung kait yang berbilang bahasa. Tetapi saya rasa ini adalah bahagian penting kepada misi kami sebagai sebuah organisasi, dan saya sebagai seorang ahli Lembaga, saya akan memberikan sebanyak mana sokongan yang mungkin kepada jawatankuasa-jawatankuasa untuk mencapai matlamat kami.

4. Apakah pengalaman anda dengan projek-projek OTW dan bagaimanakah akan anda bekerjasama dengan jawatankuasa yang berkaitan untuk menyokong dan mengukuhkan projek-projek tersebut? Sila sertakan beberapa projek tersebut, tetapi anda juga bebas untuk memberi penekanan kepada projek-projek di mana anda mempunyai lebih pengalaman.

Kerana kerja saya di bahagian Polisi dan Aduan, saya biasa dengan projek AO3 semasa saya mula-mula menyertai OTW secara sukarela. Selepas menyertai Terjemahan saya dapat menyumbang kepada lebih banyak jenis projek OTW. Sebagai ahli dua jawatankuasa itu ia telah memberi saya peluang untuk bekerja dengan Bantuan, Penyelaras Tag, Penasihat Peguaman dan Open Doors, dan memperoleh pandangan ke dalam bidang fokus, aliran kerja dan cabaran.

Saya bukanlah seorang pengedit, tetapi saya telah menghabiskan masa yang banyak membaca tentang Fanlore apabila hendak memasuki sebuah fandom atau jika saya hendak mempelajari dengan lebih mendalam tentang bahagian tertentu sejarah fandom. Jurnal Transformative Works and Cultures – TWC (Karya dan Kebudayaan Transformatif) adalah sangat penting kepada saya kerana saya suka analisis meta dalam fandom. Saya bersyukur terhadap kesemua arkib yang sudah disimpan oleh Open Doors dan saya fikir ia amat bagus jika Open Doors dapat berfungsi pada zaman awal internet. Dan saya berharap bahagian Penasihat Peguaman akan terus memperahankan kerja transformatif dengan jayanya dan memberi bimbingan kepada semua jawatankuasa.

Secara amnya, pertukaran kepada pelantar perbualan dalaman telah memberi jalan kepada peningkatan yang besar dalam komunikasi merentas jawatankuasa, kerjasama, dan penurunan dalam silo-silo jawatankuasa. Saya telah banyak belajar tentang projek-projek yang berbeza dan jawatankuasa-jawatankuasa dengan berbual dengan sukarela-sukarela yang lain.

Sebagai seorang ahli Lembaga saya berniat untuk belajar lagi tentang setiap projek dan kerja dalaman sebuah jawatankuasa dan juga cabaran semasa mereka dengan berbual dengan pengerusi dan sukarela-sukarela untuk belajar bagaimana Lembaga dapat membantu untuk memudahkan kerja mereka untuk kejayaan yang berpanjangan.

5. Bagaimanakah anda mengimbangi antara kerja anda sebagai ahli Lembaga Pengarah dengan peranan anda yang lain dalam OTW, atau bagaimanakah anda merancang untuk menyerahkan peranan anda sekarang untuk memberi tumpuan kepada kerja sebagai ahli Lembaga Pengarah?

Kalau boleh, saya mahu terus berkhidmat di dalam dua tugasan sukarela yang saya sedang berkhidmat sekarang kerana saya ingin teruskan dengan berkerja bersama bahagian praktik dalam pengurusan OTW. Saya baru sahaja menghabiskan pembelajaran untuk mendapatkan ijazah tambahan semasa bekerja di dalam kerja profesional saya dan juga berkhidmat sebagai seorang kakitangan Polisi dan Aduan seorang sukarela dalam Terjemahan. Masa yang dulu digunakan untuk belajar dan menulis tesis mungkin boleh digunakan untuk komitmen di dalam Lembaga. Tambahan pula, tugasan sukarela semasa saya membolehkan fleksibiliti untuk bekerja yang tertentu. Sebagai contoh, mengurangkan kerja untuk Polisi dan Aduan kepada hanya mengambil tiket keperluan atau mengambil cuti panjang, jika kerja di Lembaga terlebih banyak, adalah antara opsyen-opsyen yang ada. Selain itu, kerja profesional saya memerlukan kebolehan untuk mengurus masa yang sangat tinggi dan kemahiran organisasi yang membolehkan saya untuk mengurus tugasan peribadi, profesional dan sukarela dengan bijak.