Bio dan Dasar Jess White

Bio

Jess White: Jess White adalah peminat tegar tentang semua perkara fandom, sejak beliau menjumpai zine Kirk/Spock ibu saudaranya pada awal 90-an. Beliau kemudiannya beralih kepada menulis fiksyen peminatnya sendiri dalam buku nota dengan pen berkilau, kemudiannya menghasilkan karya di papan mesej, forum fandom individu, livejournal, dan akhirnya Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita). Jess telah menjadi sukarelawan di OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) selama enam tahun, terutamanya dalam jawatankuasa Polisi & Aduan. Beliau juga pernah bekerja sebentar dalam Bantuan (selama dua tahun) dan kini juga menjadi sukarelawan di Fanlore sebagai staf Dasar dan Penyelaras. Di luar fandom, Jess telah menjadi guru selama lima belas tahun.

Platform

1. Apakah sebab anda membuat keputusan untuk bertanding dalam pilihan raya untuk menyertai Lembaga Pengarah?

Saya memutuskan untuk mencalonkan diri atas alasan yang sama yang membuat saya menjadi sukarela selama enam tahun: kerana saya amat percaya pada apa yang dipegang oleh OTW. Saya ingin terus memberi semula kepada komuniti di mana saya banyak meluangkan masa saya, baik sebagai sukarelawan dan juga penulis. Dengan tiga kerusi ditawarkan tahun ini, saya memutuskan bahawa saya dapat menawarkan perkhidmatan saya untuk berkhidmat di Lembaga Pengarah.

2. Apakah kemahiran dan/atau pengalaman yang dapat anda sumbangkan kepada Lembaga Pengarah?

Pengalaman terbesar saya yang akan saya bawa ke Lembaga Pengarah adalah aspek ‘menyesuaikan diri untuk terus hidup’ yang saya memperolehi sebagai seorang pendidik dalam sistem sekolah awam Amerika. Saya mengajar remaja dan orang dewasa di daerah yang kekurangan dana. Mengimbangi antara keperluan pelajar yang bertentangan, pendidikan mereka, pentadbiran sekolah, dan ibu bapa mereka memerlukan sedikit kemampuan menyesuaikan diri, seperti terus berusaha mencari sumber yang lebih baik dan menyesuaikan diri dengan bahan yang disediakan di sekolah. Kita semua mesti mengambil kira pelbagai pendapat dan pengalaman untuk berkomunikasi. Sebagai ahli Lembaga Pengarah, saya perlu menggunakan kebanyakan kemahiran yang sama, namun hanya tertumpu pada komuniti fannish. Saya juga percaya bahawa karya saya mengenai Polisi & Aduan dapat memberi saya gambaran yang unik mengenai di sebalik tabir bagaimana projek seperti AO3 berfungsi; saya telah melihat secara langsung betapa pentingnya mempunyai ramai jawatankuasa bekerjasama dengan baik.

3. Pilih satu atau dua matlamat untuk OTW yang penting bagi anda dan yang anda berminat untuk mengusahakan sepanjang tempoh jawatan anda. Mengapakah anda menghargai matlamat tersebut? Bagaimanakah akan anda bekerjasama dengan pihak lain untuk mencapainya?

Matlamat terpenting bagi saya adalah ketelusan berterusan antara jawatankuasa OTW serta ketelusan organisasi kita dengan orang awam fannish dan bukan orang awam fannish, seperti yang saya ketahui telah menjadi isu pada masa lalu. Saya yakin bahawa Lembaga Pengarah semasa telah menunjukkan prestasi yang baik dalam terus membina ketelusan dengan siaran berita — cth. jawatankuasa Kewangan, kerja jawatankuasa Terjemahan, Pendokumentasian AO3, dan Komunikasi untuk memastikan bahawa berita kita mencapai khalayak ramai yang lebih luas, tanggungjawab berat yang sering dilakukan Akses, Reka Bentuk dan Teknologi untuk memastikan OTW sentiasa bertambah baik, dan kemas kini Pelan Strategik OTW. Saya ingin terus bekerja ke arah usaha ini. Ramai orang hanya menggunakan AO3 dan tidak menyedari berapa banyak yang berlaku di sebalik tabir OTW untuk memastikan projek seperti AO3 terus berjalan.. Kami mempunyai beratus-ratus sukarelawan yang mengerjakan beberapa projek untuk memastikan bahawa peminat mempunyai tempat yang berfungsi untuk mengekalkan kandungan fannish. Bahagian “untuk peminat oleh peminat” dari OTW selalu menjadi sesuatu yang saya berminat untuk membantu, dan saya percaya bahawa berkhidmat di Lembaga Pengarah dapat menawarkan perspektif yang lain. Saya ingin menyokong pengerusi jawatankuasa secara aktif, dan secara meluasnya juga dengan jawatankuasa di mana yang saya mampu, dan memastikan mereka mempunyai apa yang mereka perlukan untuk terus mencapai khalayak ramai seluas mungkin.

4. Apakah pengalaman anda dengan projek-projek OTW dan bagaimanakah akan anda bekerjasama dengan jawatankuasa yang berkaitan untuk menyokong dan mengukuhkan projek-projek tersebut? Sila sertakan beberapa projek tersebut, tetapi anda juga bebas untuk memberi penekanan kepada projek-projek di mana anda mempunyai lebih pengalaman.

Sebilangan besar pengalaman saya berkaitan dengan jawatankuasa Polisi & Aduan AO3 dan sebagai kakitangan Fanlore. Saya juga telah menjadi sukarelawan dengan Bantuan, dan baru-baru ini saya mula menjadi sukarelawan untuk Fanlore. Di Polisi & Aduan, kami bekerja rapat dengan Terjemahan, Penasihat Peguaman, Bantuan, dan Akses, Reka Bentuk dan Teknologi untuk memastikan bahawa semua laporan yang dikemukakan oleh pengguna mendapat penyelesaian. Saya juga mengusahakan pasukan Pengganti Terdekat Fannish, yang terus membangunkan dasar untuk membantu mengekalkan karya peminat sekiranya berlaku kematian atau ketidakupayaan pengguna. Akses, Reka Bentuk dan Teknologi telah dapat memberikan bantuan kepada kakitangan Polisi & Aduan untuk menjadikan beban kerja menjadi lebih efisien. Terdapat perbincangan mengenai bayaran untuk kakitangan Akses, Reka Bentuk dan Teknologi dan juga Sistem untuk membantu menyokong kerja yang mereka lakukan, dan saya rasa ini adalah sesuatu yang harus kita usahakan sebagai organisasi. Setelah melihat sejauh mana kita telah melangkah semenjak saya menjadi sukarela sangat mengujakan, dan saya ingin terus bekerjasama dengan jawatankuasa ini dan juga yang lain untuk memastikan bahawa kita terus berjaya. Bagi Fanlore, terdapat banyak kerjasama antara pasukan Fanlore yang berbeza, tetapi kemampuan saya di sana lebih banyak dalam membantu pengguna dengan masalah yang mereka hadapi. Saya masih baru, tetapi setakat ini pengalaman ini membolehkan saya bekerja lebih rapat dengan pengguna.

5. Bagaimanakah anda mengimbangi antara kerja anda sebagai ahli Lembaga Pengarah dengan peranan anda yang lain dalam OTW, atau bagaimanakah anda merancang untuk menyerahkan peranan anda sekarang untuk memberi tumpuan kepada kerja sebagai ahli Lembaga Pengarah?

Saya telah berminat untuk mencalonkan diri sebagai ahli Lembaga Pengarah selama beberapa tahun, dan sekarang adalah masa yang sesuai untuk lakukannya. Saya telah bertanya kepada ahli Lembaga Pengarah lain bagaimana mereka menyeimbangkan semuanya, dan percaya bahawa memberi tumpuan kepada kerja Lembaga Pengarah tidak akan menjadi masalah. Melakukan tugas baru dengan mengetahui jangkaan yang terlibat akan membolehkan saya mencapai keseimbangan yang diperlukan agar dapat menggunakan masa saya dengan berkesan.