Bio
Alex Tischer, DrMedVet: bekerja sebagai Veterinar ECC yang kini berada di UK. Berada di dalam fandom sejak sekian lama dan telah berhijrah melalui terlalu banyak fandom untuk di senaraikan. Telah menjadi ahli OTW sejak penubuhannya dan berkerja secara sukarela selama itu. Selain daripada fandom media, beliau juga secara tidak sengaja telah menyertai dunia sukan yang pelik tapi menakjubkan – yang merupakan kumpulan yang juga menyerupai fandom. Apabila tidak berurus dengan haiwan peliharaan yang sakit, Alex boleh dijumpai sedang membuat assault course, memanjat dan trail running sebanyak mana dia menyerap media
Dasar
Apakah sebab anda membuat keputusan untuk bertanding dalam pilihan raya untuk menyertai Lembaga Pengarah?
Apabila penggal saya sebagai ahli lembaga berakhir pada 2017, saya berfikir bahawa untuk bercuti selama beberapa tahun sebelum bertanding lagi. Cuti tiga tahun itu merupakan masa yang cukup untuk berehat.
Saya telah bersama OTW selama 12 tahun, telah bekerja dengan berbagai jawatankuasa dan walaupun suasananya sudah banyak diperbaiki, saya percaya bahawa kita boleh buat dengan lebih baik. Saya rasa saya belum lagi kehabisan kemampuan untuk membantu mengorak langkah dalam membina OTW yang lebih baik.
Apakah kemahiran dan/atau pengalaman yang dapat anda sumbangkan kepada Lembaga Pengarah?
Selama bertahun-tahun, saya telah menjadi seorang ahli yang aktif di dalam beberapa organisasi dan jawatankuasa. Di sana, saya telah berkhidmat dengan bermacam-macam cara, daripada menjadi bendahari Student Union, kepada menjadi ahli laman web, dan menjadi ahli jawatankuasa Kesihatan dan Keselamatan organisasi profesional.
Semua pengalaman ini telah banyak mengajar saya tentang pengurusan orang — Saya teringat pada masa saya menguruskan pusingan kerja untuk 40 lebih lepasan siswazah klinikal dan/atau pelatih. Ia juga telah memberi kesempatan kepada saya untuk belajar cara untuk menyelesaikan sesuatu tugasan dalam bermacam jenis cara, dan cara untuk membuahkan cara yang kreatif untuk menyelesaikan masalah.
Dalam OTW, saya telah menjadi kakitangan di dalam berbagai jenis jawatankuasa dan juga menjadi pengerusi jawatankuasa dan saya juga telah berkerja di dalam Lembaga Pengarah pada masa dahulu.
Saya tahu akan cabaran harian yang kami kami perlu hadapi, dan cara untuk mengatasi cabaran tersebut. Saya akan membawa bersama saya pengetahuan tentang bagaimana benda berlainan saling berkait di dalam OTW dan saya berharap untuk merangsangkan persekitaran kerja yang baik di dalam organisasi ini.
Pilih satu atau dua matlamat untuk OTW yang penting bagi anda dan yang anda berminat untuk mengusahakan sepanjang tempoh jawatan anda. Mengapakah anda menghargai matlamat tersebut? Bagaimanakah akan anda bekerjasama dengan pihak lain untuk mencapainya?
Saya ingin terus berkerja untuk menambat ketelusan dan kerjasama dalam organisasi yang kami telah tubuhkan sejak perolehan Lembaga pada tahun 2015 dan memastikan bahawa struktur rangka kerja berada di tempatnya untuk memberi pengguna hak mereka: sebuah organisasi yang berfungsi dengan baik yang berupaya untuk fokus kesemua tenaganya kepada memperbaiki projek-projeknya bukannya menghabiskan tenaga dalam pertengkaran dalaman.
Impian besar saya, saya ingin memperbaiki rangka kerja untuk memberi bantuan secukupnya kepada projek teras yang dicipta untuk OTW — seperti Arkib Milik Kita – AO3 (Arkib Milik Kita) , Fanlore, Transformative Works and Cultures – TWC (Karya dan Kebudayaan Transformatif) dan Legal Advocacy (Bantuan Guaman) — lebih daripada apa yang telah dilakukan.
Pada asasnya, saya hendak membuat kerja di sebalik tabir yang membosankan tetapi penting untuk menolong organisasi yang lebih besar berjalan dengan lancar dan membolehkan projek-projek untuk fokus kepada bidang kepakaran masing-masing.
Apakah pengalaman anda dengan projek-projek OTW dan bagaimanakah akan anda bekerjasama dengan jawatankuasa yang berkaitan untuk menyokong dan mengukuhkan projek-projek tersebut? Sila sertakan beberapa projek tersebut, tetapi anda juga bebas untuk memberi penekanan kepada projek-projek di mana anda mempunyai lebih pengalaman.
Saya telah aktif dalam beberapa jawatankuasa selama saya bersama OTW dan saya sudah biasa berkomunikasi dan berinteraksi dengan sebanyak mungkin untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Dalam Terjemahan sahaja kami telah bekerjasama dengan hampir kesemua ahli jawatankuasa pada suatu masa untuk memberi mereka terjemahan yang mereka perlukan. Saya berpendapat bahawa berkomunikasai dengan jelas, menjawab email dengan secepat mungkin dan secara umumnya sentiasa terbuka kepada apa-apa kemungkinan adalah sangat penting.
Saya menemui bahawa Jawatankuasa selalunya sedar di mana terletaknya kelemahan dan kekuatan mereka,, dan saya rasa ia sangat penting untuk tidak memaksa keutamaan dari pihak atasan, tetapi pastikan kerjasama dan bantuan yang diberi adalah diperlukan.
Bagaimanakah anda mengimbangi antara kerja anda sebagai ahli Lembaga Pengarah dengan peranan anda yang lain dalam OTW, atau bagaimanakah anda merancang untuk menyerahkan peranan anda sekarang untuk memberi tumpuan kepada kerja sebagai ahli Lembaga Pengarah?
Secara umumnya saya amat cekap dan pandai menguruskan masa. Bekerja di dalam jawatankuasa yang lain sambil membuat kerja Lembaga Pengarah tidaklah menjadi satu isu pada masa dahulu dan saya percaya bahawa Lembaga pengarah yang sekarang adalah dalam keadaan yang lebih baik daripada keadaannya pada tahun 2015 dahulu.
Kalau perlu, saya akan berbincang dengan ahli jawatankuasa yang lain untuk mencapai kata sepakat.