Para Ahli OTW – Sila Semak E-mel Anda Untuk Arahan Mengundi

Pada masa ini, setiap ahli OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) yang layak mengundi sepatutnya telah menerima e-mel yang mengandungi pautan untuk arahan mengundi bagi tahun 2020. Bidang subjek e-mel tersebut ialah “Voting Instructions for Organization for Transformative Works (OTW) Board Election” (Arahan Mengundi Untuk Pilihan Raya Lembaga Pengarah Organisasi Karya-karya Transformatif (OTW)). Harap maklum bagi sesiapa yang tidak menerima e-mel tersebut tidak termasuk dalam senarai pengundi bagi tahun ini dan tidak akan dapat membuat undian.

E-mel arahan mengundi tersebut mengandungi pautan ke sebuah borang undi contoh. Sila tekan pautan terbabit untuk memastikan laman tersebut dipaparkan dengan lengkap dan calon-calon pilihan raya tersenarai. Jika tidak, sila pastikan anda tidak menghalang JavaScript dari ajax.googleapis.com, bootstrapcdn.com, dan/atau opavote.com. Read More