Pengumuman Calon-calon Pilihan Raya OTW Tahun 2020

Pengumuman Calon

OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) dengan sukacitanya mengumumkan calon-calon berikut untuk Pilihan Raya tahun 2020 (dalam susunan abjad dengan nama yang diberikan):

  • Alex Tischer
  • Jess White
  • Kati Eggert
  • Nicole Abraham
  • Tyme LaDow
  • Zoë Tucker

26 Julai : Mengikut pengumuman, Tyme LaDow menarik diri daripada undian.

Oleh kerana terdapat 3 kerusi yang akan diisi dan jumlah calon adalah seramai 6 orang, pilihan raya tahun 2020 akan dipertandingkan – iaitu, ahli-ahli OTW akan mengundi mana-mana calon untuk mengisi kerusi tersebut. Read More

Bio dan Dasar Alex Tischer

Bio

Alex Tischer, DrMedVet: bekerja sebagai Veterinar ECC yang kini berada di UK. Berada di dalam fandom sejak sekian lama dan telah berhijrah melalui terlalu banyak fandom untuk di senaraikan. Telah menjadi ahli OTW sejak penubuhannya dan berkerja secara sukarela selama itu. Selain daripada fandom media, beliau juga secara tidak sengaja telah menyertai dunia sukan yang pelik tapi menakjubkan – yang merupakan kumpulan yang juga menyerupai fandom. Apabila tidak berurus dengan haiwan peliharaan yang sakit, Alex boleh dijumpai sedang membuat assault course, memanjat dan trail running sebanyak mana dia menyerap media Read More

Bio dan Dasar Jess White

Bio

Jess White: Jess White adalah peminat tegar tentang semua perkara fandom, sejak beliau menjumpai zine Kirk/Spock ibu saudaranya pada awal 90-an. Beliau kemudiannya beralih kepada menulis fiksyen peminatnya sendiri dalam buku nota dengan pen berkilau, kemudiannya menghasilkan karya di papan mesej, forum fandom individu, livejournal, dan akhirnya Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita). Jess telah menjadi sukarelawan di OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) selama enam tahun, terutamanya dalam jawatankuasa Polisi & Aduan. Beliau juga pernah bekerja sebentar dalam Bantuan (selama dua tahun) dan kini juga menjadi sukarelawan di Fanlore sebagai staf Dasar dan Penyelaras. Di luar fandom, Jess telah menjadi guru selama lima belas tahun. Read More

Bio dan Dasar Katie Eggert

Bio

Kati Eggert bekerja di dalam pengurusan projek, lebih banyak di dalam projek-projek merentas jabatan yang fokus kepada Teknologi Maklumat dan Pendigitalan.

Beliau telah jatuh cinta dengan fiksyen sains dan fantasi sebaik sahaja beliau tahu membaca. Beliau menyertai fandom yang diatur pada zaman majalah bercetak dan buletin kertas bulanan selepas terjumpa iklan untuk kelab peminat Star Trek pada belakang sebuah novel.

Beliau suka cosplay dan bekerja secara sukarela di konvensyen, terutama konvensyen kecil yang dikendali oleh peminat. Walaupun Kati masih berminat degan Star Trek, beliau juga telah menjangkau kepada fandom-fandom lain dan suka membaca meta tentang sesebuah fandom dan hasil karya peminat.

Kati mengikuti pembangunan OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) sejak dari pemulaanya pada Tahun 2008. Beliau telah menyertai Jawatankuasa Polisi dan Aduan pada Tahun 2015, dan seterusnya Terjemahan (Pasukan German) pada Tahun 2019. Read More

Bio dan Dasar Nicole Abraham

Bio

Nicole Abraham mula-mula menemui fandom seawal tahun 2013, apabila beliau menemuifanfiction Harry Potter lalu menjadi seorang yang gemar membaca! Sejak itu, beliau telah dari fandom ke fandom, tetapi keistimewaan fandom pertamanya akan kekal dalam hatinya. Apabila beliau tidak membaca hasil karya fiksyen, Nicole gemar meluangkan masa lapangnya untuk merakam podfic dan melakukan projek-projek kraftangan jahitan fannish. Beliau memegang ijazah dalam Matematik dan Statistik, dan kini bekerja sebagai seorang Pembangun Analisis Perniagaan dalam bidang perubatan.

Peranan pertamanya dalam OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) adalah sebagai penyelaras tag pada tahun 2016, dan beliau kemudian mengambil jawatan penyelia dalam jawatankuasa tersebut, membantu melatih kakitangan penyelaras yang baru, membentuk garis panduan kerja, dan mengurus serta menyelesaikan projek-projek dalam jawatankuasa tersebut. Beliau turut berkhidmat secara sukarela untuk Jawatankuasa Pembangunan dan Pengahlian sebagai Pakar Data Pengahlian, menyelenggara pangkalan data penderma, memastikan segala pertanyaan mengenai pengahlian dijawab dengan bernas, dan menunjukkan keterujaan yang hebat dengan premium kempen yang baru. Tambahan pula, Nicole telah bersukarela dari tahun 2017 hingga 2019, dan ini membolehkannya untuk mengasah kemahiran penyelesaian masalahnya dan banyak mempelajari tentang pekerjaan cabang-cabang dalam OTW yang banyak berhadapan dengan pengguna. Nicole mencintai masyarakat yang telah ditemuinya dalam OTW, dan beliau berasa gembira dengan peluang untuk berusaha sedaya upaya untuk melaksanakan misi OTW. Read More

Bio dan Dasar Tyme LaDow

26 Julai : Mengikut pengumuman, Tyme LaDow menarik diri daripada undian.

Bio

Tyme LaDow telah dipaksa ke dalam fandom melalui rakan-rakan yang berniat baik pada usia 12 tahun. Pada mulanya, beliau tidak dapat memahami mengapakah ada orang yang berkeinginan untuk meneroka cerita di luar kanon pilihannya dalam dunia-dunia kegemarannya, namun hanya beberapa bulan selepas itu, beliau telah mula menulis karya ceritanya sendiri dan sering memeriksa untuk penerbitan karya baharu setiap hari. Penerbitan karyanya ke Fanfiction.net dan penerimaan maklum balas daripada rakan-rakannya, mahupun orang yang tidak dikenalinya, telah menjelaskan konsep tersebut kepadanya, lalu beliau telah leka dalam fandom dengan mendalam tanpa sebarang kekesalan. Semangatnya terhadap fandom yang baru terbentuk ini telah mengikutnya menerusi pelbagai platform dan fandom, dan pada akhirnya telah membawa beliau ke arah penemuan Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) pada tahun 2011 melalui jemputan oleh teman wanitanya pada masa itu. Sepanjang tahun yang mendatang, beliau lebih aktif sebagai pembaca karya berbanding dengan penulis karya, namun begitu beliau masih gemar menulis karya fiksyen sehubungan dengan segala-gala perbuatannya yang lain dalam fandom. Pada tahun 2014, beliau sedang melayari laman OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) dan berasa kagum dengan betapa banyaknya jenis bahasa yang telah digunakan untuk menterjemah halaman-halaman tersebut, apabila beliau terserempak dengan halaman pengrekrutan sukarelawan, yang secara kebetulannya sedang mengrekrut untuk Jawatankuasa Penyelarasan Tag. Dengan keterujaan kerana terdapat peluang untuk membantu laman web kegemarannya, beliau telah membuat permohonan dan permohonannya diterima dengan agak pantas. Sepanjang tahun-tahun yang lepas, beliau turut telah menyertai pasukan Polisi dan Aduan dan telah mengenali ramai rakan baharu melalui perkhidmatannya yang berterusan kepada AO3. Tyme mempunyai beberapa tahun pengalaman dalam tugasnya yang rumit iaitu pengurusan kerja sukarela, pekerjaannya dan pelanjutan pelajarannya di universiti. Sejak penerokaannya ke dalam fandom, beliau kekal setia dengan para peminat, fandom, dan OTW. Read More