Arahan Mengundi untuk tahun 2020

Pilihan Raya Lembaga Pengarah OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) untuk tahun 2020 akan berlangsung pada 14-17 Ogos. Pengundian akan dibuka pada pukul 12:01am UTC pada 14 Ogos dan ditutup pada pukul 11:59pm UTC pada 17 Ogos (Pukul berapakah itu untuk saya?). Jika anda tiada pada tempoh ini, sila dapatkan seseorang yang boleh dijadikan sebagai proksi untuk anda (seseorang yang dipercayai) dan hubungi Jawatankuasa Undian sebelum pukul 11:59 malam UTC pada 2 Ogos (Pukul berapakah itu untuk saya?) dengan alamat e-mel proksi anda. Sila hantar semua permintaan proksi melalui Borang Hubungan kami.

Pada tahun ini, kami akan menggunakan servis perisian OpaVote untuk mengendalikan pilihan raya tersebut. Anda akan menerima sebuah e-mel daripada opavote.com apabila tempoh pengundian dibuka. E-mel tersebut akan membawa anda ke sebuah URL unik di mana undi anda terkandung. Simpan e-mel ini sehinggalah selepas anda telah mengundi, kerana Jawatankuasa Pilihan Raya belum lagi mampu menghantar semula e-mel tersebut secara manual. Sila sertakan domain opavote.com pada senarai penghantar e-mel selamat anda untuk mengelakkan daripada e-mel undi anda terletak dalam folder spam.

E-mel arahan mengundi tersebut mengandungi pautan ke sebuah borang undi contoh. Sila tekan pautan terbabit untuk memastikan laman tersebut dipaparkan dengan lengkap dan calon-calon pilihan raya tersenarai. Jika tidak, sila pastikan anda tidak menghalang JavaScript dari ajax.googleapis.com, bootstrapcdn.com, dan/atau opavote.com.

Apabila anda membuka laman undi anda, sila baca arahan dengan lengkap. Jika anda tidak pernah mengundi menggunakan proses Instant Runoff Voting (IRV), sila baca bagaimana IRV berfungsi sebelum mengundi.

Para calon akan dipaparkan pada bahagian kiri laman undi tersebut. Tekan butang “ADD” (TAMBAH) yang terletak pada sebelah nama salah satu calon untuk menambahkan mereka ke dalam undi peribadi anda mengikuti urutan pilihan anda. Pilihan pertama adalah calon paling digemari, kedua ialah calon seterusnya, dan sebagainya. Urutan calon boleh ditukar dengan menggerakkan dan meletakkan nama mereka pada kedudukan baru selepas menambahkannya, atau dengan membuang dan menambahkan semula nama mereka dengan butang-butang “REMOVE” (BUANG) dan “ADD”.

Untuk membuat pengundian yang sah, anda perlu memilih sekurang-kurangnya satu calon. Apabila anda sudah memilih calon-calon pilihan anda mengikut urutan, tekan butang Vote untuk membuat pengundian anda. Undi anda tidak boleh dibatalkan atau dibuat semula. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk kepada Arahan Mengundi.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau menghadapi sebarang masalah teknikal, sila hubungi Jawatankuasa Pilihan Raya melalui Borang Hubungan kami. Sila pilih “voting issues” daripada menu drop-down.

Terima kasih kerana mengundi dalam pilihan raya OTW!