Arahan Pengundi

Undian Lembaga Pengarah OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) 2019 akan berlangsung pada 9 – 12 Ogos. Undian akan dibuka pada pukul 12:01 tengah malam UTC pada 9 Ogos dan ditutup pada pukul 11:59 malam UTC pada Ogos 12. Jika anda tiada pada tempoh ini, sila dapatkan seseorang yang boleh dijadikan sebagai proksi untuk anda (seseorang yang dipercayai) dan hubungi Jawatankuasa Undian sebelum pukul 11:59 malam UTC pada 29 Julai dengan alamat e-mel proksi anda. Sila hantar semua permintaan proksi melalui Borang Hubungan kami.

Pada tahun ini, kami akan menggunakan servis perisian OpaVote untuk mengendalikan undian. Anda akan menerima sebuah e-mel daripada opavote.com apabila pengundian dibuka. E-mel tersebut akan membawa anda kepada sebuah URL unik yang mengandungi undi anda. Simpan e-mel ini sehinggalah anda sudah mengundi, kerana Jawatankuasa Undian tidak mempunyai kuasa untuk menghantar semula e-mel tersebut secara manual. Sila letakkan domain opavote.com pada senarai penghantar selamat anda untuk mengelakkan daripada e-mel tersebut diletakkan dalam folder spam.

E-mel arahan mengundi mengandungi pautan kepada versi ujian undi. Sila tekan pautan tersebut untuk memastikan laman dipaparkan dengan betul dan calon-calon dipaparkan dengan jelas. Jika tidak, sila pastikan anda tidak menghalang JavaScript dari ajax.googleapis.com, bootstrapcdn.com, dan/atau opavote.com.

Apabila anda membuka undi, sila baca arahan dengan lengkap. Jika anda tidak pernah mengundi menggunakan proses Instant Runoff Voting (IRV), sila baca cara IRV berfungsi sebelum mengundi.

Calon-calon akan dipaparkan pada sisi kiri laman. Tekan butang “ADD” (TAMBAH) yang terletak sebelah nama calon untuk menambahkan mereka ke dalam undi peribadi anda mengikuti urutan pilihan anda. Pilihan pertama adalah calon paling digemari, kedua adalah calon seterusnya, dan sebagainya. Urutan calon boleh ditukar dengan mengerakkan dan meletakkan nama mereka pada kedudukan baru selepas menambahkannya, atau dengan membuang dan menambahkan semula nama mereka dengan butang “REMOVE” (BUANG) dan “ADD”.

Untuk memasukkan undi yang sah, anda perlu menambah sekurang-kurangnya satu calon. Apabila anda sudah memilih calon-calon pilihan anda mengikut urutan, tekan butang Vote untuk memasukkan undi anda. Undian tidak boleh dibatalkan atau dimasukkan semula. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lihat Arahan Mengundi.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau menghadapi sebarang masalah teknikal, sila hubungi Jawatankuasa Undian melalui Borang Hubungan kami. Sila pilih “voting issues” daripada menu drop-down.

Terima kasih kerana mengundi dalam Undian OTW!